Ayam Masak Merah Madu

Assalamualaikum

Menu lunch hari ni ayam lagi dan lagi dan lagi. Haha.. Kali ni saya nak share resepi ayam masak merah madu. Resepi ni saya ambil dari buku resepi. Belek punya belek buku tu jumpa la resepi ayam masak merah madu ni. Disebabkan resepi ni sangat senang dan semua bahan ada kata rumah, so saya try la..

Ayam masak merah madu ni sesuai makan dengan nasi tomato@nasi minyak. Macam kenduri kahwin lak makan nasi minyak ?. Makan dengan nasi putih pun sedap jugak. Asalkan rasa ayam ni sedap, makan dengan nasi apa pun sedap. Haha.. Ok jom follow resepi kat bawah..

FullSizeRender 7

Bahan-Bahan:

  • 1/2 ekor ayam (potong sederhana)
  • 1 batang kulit kayu manis
  • 2 sudu besar sos cili
  • 2 sudu besar sos tomato
  • 3-4 sudu besar madu (ikut citarasa)
  • garam secukup rasa
  • air secukupnya
  • 1/2 biji bawang holland (potong bulat)

Bahan kisar:

  • 2 biji bawang merah
  • 3 biji bawang putih
  • 1 inci halia
  • 15 tangkai cili kering (rebus seketika)
  • *kisar semua bahan di atas

Cara-cara:

  1. Gaulkan ayam dengan garam dan kunyit. Goreng separuh masak. Ketepikan.
  2. Tumis kesemua bahan kisar bersama kulit kayu manis. Masak hingga pecah minyak.
  3. Masukkan sos cili dan sos tomato. Kacau sebentar.
  4. Masukkan ayam dan kacau sedikit hingga kuah mendidih serta menjadi pekat.
  5. Masukkan madu mengikut kesesuaian.
  6. Akhir sekali perasakan dengan garam. Bila dah cukup semua rasa, boleh angkat dan hidangkan.

Note: boleh tambah kacang pis atau tomato jika suka.


Nak resepi lagi?

Tengok senarai video resepi dibawah ini. Kami akan tambah koleksi video resepi yang menarik dari semasa ke semasa. Follow blog dan subscribe channel youtube kami untuk dapatkan resepi yang terkini.

1 Comment »

Leave a Reply