Lasagna Sedap dan Mudah

Assalamualaikum. Menu sedap yang saya nak kongsikan hari ni ialah Lasagna. Dah boring makan makanan melayu, kita cuba makanan western la pulakkan. Sesekali nak tukar selera tekak. Sesiapa yang minat makanan western macam makaroni dan spaghetti tu boleh la cuba buat Lasagna ni pulak. Confirm korang suka punya. Hehe..

Ada ramai follower yang tanya kat mana nak beli kulit Lasagna ni. Korang boleh carik kat mana-mana pasaraya kat bahagian yang dorang letak spaghetti@makaroni semua tu. Mesti ada punya. Selalunya dia pack dalam kotak. Bukan dalam plastik macam spaghetti.

Nak buat Lasagna ni agak mahal sikit la sebab perlu menggunakan cheese yang banyak. Lagi banyak cheese lagi sedap. Tapi memang berbaloi dengan rasa yang sedap tu. Hehe.. Kalau nak lebih faham cara penyediaan Lasagna ni, boleh tengok video kat bawah.

Bahan-bahan untuk Lasagna

Bahan A (Inti) :

  • 1/2 biji bawang holland
  • 4 ulas bawang putih
  • 2 sudu besar cili kisar
  • 200 gram ayam/daging kisar
  • 200 gram sos spaghetti
  • 1 sudu kecil herba campuran
  • 1 sudu kecil oregano
  • 1 sudu kecil serbuk lada hitam
  • Garam secukupnya
  • Lada benggala

Cara-cara :

  1. Tumiskan bawang holland dan bawang putih sehingga naik bau.
  2. Masukkan pula cili kisar. Tumis sehingga pecah minyak.
  3. Masukkan ayam/daging cincang. Gaul rata.
  4. Masukkan sos spaghetti.
  5. Tambahkan herba campuran, oregano, lada hitam dan garam secukupnya. Kacau sehingga sebati.
  6. Masukkan pula lada benggala. Gaul sehingga lada sedikit layu. Ketepikan.

Bahan B (Sos Putih) :

  • 2 sudu besar mentega
  • 2 sudu besar tepung gandum
  • 2 cawan susu segar
  • 3 keping keju cheddar
  • Sedikit garam

Cara-cara:

  1. Cairkan butter. Masukkan tepung gandum dan gaul rata.
  2. Masukkan susu segar. Kacau sehingga mendidih.
  3. Tambahkan cheese dan perasakan dengan garam secukupnya. Kacau sehingga pekat.

Bahan lain :

  • Mozarella cheese (parut)
  • Cheddar cheese (parut)
  • Kulit Lasagna

Cara Penyediaan Lasagna :

  1. Letakkan kulit Lasagna ke dalam loyang sehingga menutupi keseluruhan dasar loyang.
  2. Letakkan separuh inti di atas kulit Lasagna.
  3. Masukkan pula sos putih. Ratakan di atas inti.
  4. Taburkan cheese yang diparut secukupnya.
  5. Ulang proses yang sama sehingga habis.
  6. Bakar selama 30 minit pada suhu 180°c atau sehingga masak.

Nota:

  • Sos Putih tak perlu terlalu masin sebab inti dah masin.
  • Boleh tambah cendawan @ tomato di dalam inti.

lasagnalasagnalasagnalasagna


Nak resepi lagi?

Tengok senarai video resepi dibawah ini. Kami akan tambah koleksi video resepi yang menarik dari semasa ke semasa. Follow blog dan subscribe channel youtube kami untuk dapatkan resepi yang terkini.

3 Comments »

Leave a Reply