Roti Boy | Mexican Bun | Papparoti Paling Sedap

Assalamualaikum.. Kali ni saya nak kongsikan cara untuk membuat Roti Boy a.k.a Mexican Bun a.k.a Papparoti. Banyak nama roti ni. Kalau pergi kat mana-mana pasaraya yang ada jual roti ni, mesti boleh bau keharuman roti ni daripada jauh. Bau dia memang menggoda tekak. Hehe. Rasa tak senang duduk bila dah bau roti boy yang sedap ni.

roti boy

Kalau tak pernah makan roti boy ni, actually rasa roti ni seperti roti kopi dan dalamnya ada inti mentega yang masin dan sedikit manis. Teksturenya memang sangat lembut. Saya mula-mula ingin makan roti ni sebab baunya yang sangat sedap. Kemudian saya cuba buat sendiri dengan resepi roti biasa kerana lebih puas nak makan dengan anak-anak. Dorang pun sangat suka roti boy ni.

Untuk bahagian topping, boleh gunakan apa-apa jenis kopi. Espresso, mocha, nescafe dan sebagainya. Gunakan instant coffee (3 in 1) kerana rasanya kurang pahit. Kalau gunakan kopi asli, saya rasa lebih elok kurangkan sukatannya kepada 1sb sahaja supaya tidak terlalu kuat rasa kopinya. Saya gunakan mocha segera kerana rasanya hampir sama dengan roti boy yang dijual dikedai. Adunan ni boleh dapat lebih kurang 8-9 ketul roti.

Sebelum cuba buat roti boy ni boleh tengok dulu video yang saya sediakan kat atas ni. Lebih senang nak faham cara membuatnya. Lepas tu boleh la subscribe YouTube Channel kami. 😉

roti boy

 

Bahan-bahan Roti Boy:

Doh:

  • 130 ml susu segar
  • 40 gram gula
  • 2 sudu kecil yis
  • 1 biji telur
  • 1/4 sudu kecil garam
  • 1/2 sudu kecil pelembut roti
  • 250 gram tepung roti
  • 10 gram susu tepung (optional) *kalau tak letak, tambah 10g lagi tepung roti
  • 30 gram mentega

Cara-cara:

  1. Masukkan susu ke dalam mangkuk besar dan kacau bersama gula dan yis.
  2. Biarkan yis mengembang dan berbuih lebih kurang 15 minit.
  3. Masukkan telur, garam dan lembut roti. Kacau sebati.
  4. Masukkan pula tepung roti dan susu tepung. Uli sehingga sebati. (boleh uli guna tangan ataupun mixer)
  5. Letak mentega ke dalam adunan tadi dan uli lagi sehingga sebati dan menjadi doh.
  6. Biarkan doh mengembang sekali ganda lebih kurang 60 minit.
  7. Setelah kembang, ambil sedikit doh (lebih kurang 55g-60g). Leperkan doh dan masukkan inti yang dibekukan tadi. Tutup dan bulatkan doh.
  8. Letakkan doh di atas tray yang beralaskan baking paper.
  9. Biarkan ia mengembang sekali ganda lebih kurang 30 minit.
  10. Sementara itu, panaskan oven pada suhu 180ºC.
  11. Kemudian pipekan topping di atas dan tepi doh yang telah kembang tadi.
  12. Bakar roti selama 25 minit atau sehingga masak bergantung kepada oven masing-masing. (Boleh guna api atas untuk 5-10 minit terakhir bagi mendapatkan toping roti yang garing)

Inti:

  • 100 gram mentega
  • 40 gram gula perang
  • 1/4 sudu kecil esen vanila

Cara-cara:

  1. Campurkan kesemua bahan dan gaul sebati.
  2. Masukkan ke dalam plastik dan bekukan.
  3. Setelah beku, potongkannya berbentuk kiub supaya mudah untuk dimasukkan ke dalam doh roti.

Topping:

  • 2 sudu besar air
  • 2 sudu besar kopi / mocha segera (3 in 1)
  • 1/4 sudu kesil esen vanila
  • 50 gram gula aising
  • 50 gram mentega
  • 1 biji telur
  • 50 gram tepung kek

Cara-cara:

  1. Kacau kopi bersama air sehingga larut dan masukkan esen vanila. Ketepikan.
  2. Pukul gula aising bersama mentega sehingga sehingga gebu dan berkrim menggunakan kelajuan tinggi.
  3. Masukkan telur dan pukul lagi sehingga sebati.
  4. Masukkan air kopi yang telah dibancuh tadi.
  5. Akhir sekali masukkan tepung dan pukul sehingga adunan sebati.
  6. Isikan adunan ke dalam piping bag dan simpan di dalam peti sejuk sehingga hendak digunakan.

Nota:

  • Boleh sediakan topping dan inti 2-3 hari lebih awal.
  • Jika menggunakan kopi @ nescafe yang asli, boleh kurangkan jumlahnya supaya tidak terlalu pahit.
  • Boleh guna api atas untuk 5-10 minit terakhir bagi mendapatkan toping roti yang garing.

roti boy

roti boy

roti boy

roti boy


Nak resepi lagi?

Tengok senarai video resepi dibawah ini. Kami akan tambah koleksi video resepi yang menarik dari semasa ke semasa. Follow blog dan subscribe channel youtube kami untuk dapatkan resepi yang terkini.

Join telegram kami

Join channel telegram kami untuk mendapatkan notifikasi video dan juga blog yg terbaru. Klik link ini https://t.me/buatoranglapo

Join Telegram@buatoranglapo

2 Comments »

  1. Assalaamualaikum wbt,
    Roti ni nampak sedap.. saya di australia dan x jumpa bread softener.. bread improver ada (serbuk). Blh ke gantikan bread softener dengan bread improver ataupun blh just leave out or blh buat homemade bread softener? Terima kasih..

    • Waalaikumusalam. Boleh jugak guna bread improver. Tp fungsi dia lain sikit. Then boleh letak baking powder gantikan bread softener.

Leave a Reply