Tart Buah Mudah Dan Sedap | Fruit Tart

Assalamualaikum.. Hari ni saya akan kongsikan resepi tart buah. Dah lama dah saya buat tart buah ni. Mungkin ramai yang dah tengok video tart buah ni kat Youtube Channel kami. Cuma saya tak sempat nak update kat blog. Sekarang free sikit, boleh la update. Kalau ada yang belum tengok video tart buah ni, boleh tengok kat bawah ni. Kalau nak tengok banyak lagi resepi yang lain, boleh klik kat sini ataupun taip Buat Orang Lapo di Facebook atau Youtube. Jangan lupa subscribe YouTube kami tau.

Dalam entri kali ni, saya cuma kongsikan cara untuk membuat kastard sebagai inti dalam tart buah ni saja sebab sebelum ni saya dah pernah kongsikan cara untuk membuat tart shell atau kulit tartnya. Kulit tart ni boleh disediakan lebih awal dan disimpan lebih kurang sebulan. Cuma perlu simpan di dalam bekas kedap udara supaya ianya kekal rangup. Jangan pelik bila saya kata kulit tart tu boleh simpan lama. Sebabnya kulit tart tu sama macam biskut juga. Macam biskut raya kita makan masa rayakan boleh simpan sampai sebulan. Hehe. Kadang-kadang lebih daripada sebulan pun tahan lagi. So jangan risau tau.

Bila kulit tart ni dah siap awal-awal, then senangla kita nak buat inti dalamnya. Boleh buat pelbagai jenis tart. Sebelum ni saya dah pernah buat cheese tart. Ada masa lain nanti saya buat tart lain pula. Tart buah ni sesuai dijadikan hidangan untuk pelbagai jenis majlis. Buah-buahan tu pilih buah yang manis sikit. Kalau masam sangat nanti tak sedap pula. Spoil nak makan nanti. Hehe. Kalau dah pandai buat sendiri, tak perlu la beli lagi pasni. 😉 So jom kita belajar buat ni.

Ok jom kita tengok resepi tart buah yang mudah dan sedap kat bawah ni.

tart buah

Bahan-bahan Tart Buah:

  • 1 Cawan Susu Segar
  • 1 1/2 Sb Gula
  • 1 1/2 Sb Tepung Kastard
  • 1 Sb Mentega
  • 1 tsp Esen Vanila
  • Buah pilihan masing-masing
  • Kulit tart

Cara-cara:

  1. Masukkan susu segar, gula dan juga tepung jagung ke dalam periuk dan kacau sehingga tepung sebati.
  2. Masak adunan tadi di atas dapur sehingga adunan menjadi likat. Sentiasa kacau supaya adunan tidak berketul.
  3. Apabila telah likat, angkat periuk daripada dapur.
  4. Masukkan mentega dan juga esen vanila. Kacau sehingga sebati.
  5. Sejukkan adunan dan masukkannya ke dalam piping bag. Kemudian, pipekan ke dalam kulit tart.
  6. Hiaskan dengan buah-buahan kegemaran masing-masing.

tart buah

tart buah

tart buah


Nak resepi lagi?

Tengok senarai video resepi dibawah ini. Kami akan tambah koleksi video resepi yang menarik dari semasa ke semasa. Follow blog dan subscribe channel youtube kami untuk dapatkan resepi yang terkini.

Join telegram kami

Join channel telegram kami untuk mendapatkan notifikasi video dan juga blog yg terbaru. Klik link ini https://t.me/buatoranglapo

Join Telegram@buatoranglapo

1 Comment »

Leave a Reply