Cucur Udang Yang Garing

Assalamualaikum..

Hi semua, since ni 1st blog saya, so saya ingat nak share2 la skit resepi yg best kat sini. So ni resepi pertama yg saya nak share kat semua. Resepi simple je ambil kat internet tapi saya olah skit ikut citarasa saya.

cucur udang garing

Bahan-bahan untuk membuat cucur udang

Bahan A:

  • 2 cawan tepung gandum
  • 1/2 sudu besar baking powder
  • 1 cawan udang (dibuang kulit)
  • 1 sudu besar Knorr Pasti Sedap
  • 1 sudu kecil garam (secukup rasa)
  • Daun kuchai (ikut ske hati)
  • Kubis (agak2 je)
  • 1 biji Bawang besar (potong dadu)
  • 1/2 sudu kecil kunyit serbuk
  • Taugeh (ikut suke hati)

Bahan B :

  • 1 cawan air sejuk
  • 1 biji telur

Cara penyediaan :

  1. Gaulkan bahan A sehingga sebati.
  2. Masukkan telur dan kacau lagi sehingga sebati.
  3. Masukkan air sejuk tadi sedikit demi sedikit.
  4. Panaskan minyak terlebih dahulu
  5. Sedia untuk digoreng
  6. Goreng sehingga keperang-perangan.

Bahan utk membuat Sos Pencicah :

  • Cili kering
  • Cili Padi (Kalau nak pedas)
  • Bawang putih
  • Gula
  • Garam
  • Cuka
  • Tepung jagung (bancuh dengan sedikit air)

Cara penyediaan :

  1. Blend cili kering yg telah direbus terlebih dahulu bersama cili padi dan bawang putih
  2. Masukkan dalam periuk dan tambah sedikit air
  3. Tambahkan tepung jagung untuk memekatkan sos
  4. Tunggu sehingga mendidih
  5. Masukkan gula, garam & cuka secukup rasa
Satu tips utk pastikan cucur ni garing ialah dengan menggunakan air sejuk.
Senang je kan buat cucur yg garing ni. Resepi simple je sesuai la kalau nak makan petang bersama suami & anak2. Anak saya pun suke makan cucur ni sebab sangat garing dan sedap.

Nak resepi lagi?

Tengok senarai video resepi dibawah ini. Kami akan tambah koleksi video resepi yang menarik dari semasa ke semasa. Follow blog dan subscribe channel youtube kami untuk dapatkan resepi yang terkini.

Leave a Reply