Meatball IKEA review

Kali ni nak buat produk review skit pasal IKEA meatball. Selalu nak makan meatball kat IKEA ni memang bercinta la skit. Dia punya beratur tu memang panjang kemain. Selalu je ajak suami nak makan kat situ, tapi suami memang jenis tak suka tunggu lama, mengidam la nak dapat makan meatball IKEA. Huhuhu.

Satu hari tu suami ada bagitau yang IKEA ade jual meatball yang frozen. Cream sauce pun ade jual skali. So dia suggest dari nak beratur panjang2 camtu baik masak sendiri je kat rumah. Lagi puas dapat makan banyak. Jadi hari ni saya nak buat review skit pasal meatball IKEA frozen ni samada sedap atau tak dan berbaloi atau tak beli. Oh ye, produk dorang ni boleh dapat kat IKEA Damansara tingkat bawah sebelah tempat jual karipap Ikea yang sedap tu dan di hadapan kaunter pembayaran. Kalau kat IKEA Cheras tak tau kat bahagian mana sebab baru launch dan tak sempat nak pegi lagi. hehe.

Meatball


Ni la gambar packaging meatballnya. Pada masa post ni dibuat, harganya dalam RM35 camtu. Berat 1 kg. Ikut pada pekerja dia tu, satu pack ni boleh la tahan utk 3 kali serving 2 orang makan. Cara masak dia memang sangat mudah.

Cara Penyediaan :

  1. Masukkan meatball ke dalam oven yang telah dipanaskan.
  2. Masak selama 15 – 20 minit pada suhu 180º.

Siap dah. Senang je kan. Lagi senang dan tak penat berbanding kene beratur panjang dan lama tu. hehehe.

Cream Sauce


Tak sah kalau makan meatball tak ada Cream Sauce dia kan. Ni packaging dia dan cara penyediaaan dia pun sangat la simple. Satu pack ni dalam RM5.50 kalau tak silap. 1 Packet ni cukup utk 2 orang makan. So better ambil 3 packet dan pekerja IKEA tu pun cakap sekarang ade promotion kalau beli 3. So laju je la saya ambil 3 packet. hehehe. kat bawah ni cara2 penyediannya.

Cara Penyediaan :

  1. Masukkan 280ml air ke dalam periuk.
  2. Tunggu sehingga mendidih.
  3. Tuangkan 1 paket serbuk cream sauce.
  4. Kacau selama 3 minit.

Siap dah. Saya ade terperasan masa nak beli tu, Cream Sauce ni boleh juga ditambah black pepper dan beberapa lagi benda tapi tak ingat.

So lepas ni kalau rasa malas nak beratur panjang2 tu boleh la beli je yang frozen pastu masak sendiri kat rumah. Dari segi rasa pulak memang sama dengan apa yang IKEA jual. Memang sedap. Kalau dah produk dorang sendiri mesti la sama je rasa kan. Lepas ni memang tak ajak lagi dah suami beratur nak makan meatball IKEA. Suh dia beli je yang frozen je.

Pastu kalau nak pelengkap hidangan tu boleh la buat mash potatoes sendiri. Resepi mash potatoes tu nanti kalau ade masa saya sharekan.


Nak resepi lagi?

Tengok senarai video resepi dibawah ini. Kami akan tambah koleksi video resepi yang menarik dari semasa ke semasa. Follow blog dan subscribe channel youtube kami untuk dapatkan resepi yang terkini.

Leave a Reply