Red Velvet I’m in Love

Resepi oleh: Siti Fatihah Ahmad Yusof

Assalamualaikum..

Ha.. dasyat tak nama kek ni? Haha.. nama yang sedap, sesedap rasa kek ni.. hehe.. kek red velvet ni adik saya yang buat sempana hari jadi dia. Hari jadi sendiri, buat kek sendiri. Hehe. Dibuat penuh kasih sayang untuk dimakan bersama keluarga tercinta. Sebab tu la dia bagi nama kek ni “RV i'm in Love”.

image

img_1587

Resepi kek ni sepupu kitorang yang bagi. Dia pastry chef. So memang sangat terer la bab2 buat kek ni. InsyaAllah kesedapan kek ni tidak diragui.. heh. Ok jom kita tengok resepi kek “RV I'm in love” ni. Saya bagi 2 sukatan. Sukatan guna cawan dan gram. So boleh ikut yang mane2 senang untuk korang.

image

Bahan A

  • Butter 125g (1/2 buku)
  • Gula kaster 200g (1 cawan)

Bahan B

  • Tepung kek 160g (1 1/4 cawan)
  • Sebuk koko 12g (2 sudu besar)
  • Garam 1/2 sudu kecil

* ayak kesemua bahan B

Bahan C

  • Cuka Apple 2 sudu kecil
    (Boleh juga guna cuka biasa)
  • Baking soda 1 sudu kecil

*campur kedua2 bahan ni. Kacau laju sehingga sebati

Bahan D

  • Sour cream 125g
    (Boleh ganti dengan yougurt. Saya beli yougurt bekas 135g. Lebihan 10g boleh campur dlm topping)
  • Telur gred A 2 biji
  • Pewarna merah 2 1/2 sudu kecil
  • Esen vanilla 1/2 sudu kecil

Cara-Cara:

    1. Pukul bahan A hingga kembang di dalam mesin pemutar.
      img_1595
    2. Masukkan telur satu demi satu dalam mesin pemutar. Pukul sebentar.
    3. Masukkan bahan B yang telah di ayak sedikit demi sedikit ke dalam adunan.
    4. Setelah adunan sebati, masukkan esen vanilla & pewarna merah.
    5. Masukkan pula sour cream. Putar lagi.
      img_1594
    6. Masukkan bahan C. Pukul adunan sehingga sebati.
    7. Masukkan adunan ke dalam loyang dan bakar pada suhu 180° selama 45 minit @ sehingga masak (ikut oven masing2)
      img_1596
      Kek yang telah siap dimasak

 

TOPPING

Bahan2 topping:

  • Cream cheese 250g (1 cawan)
  • Butter 125g (1/2 cawan)
  • Gula icing 150g (3/4 cawan)
  • Serbuk limau nipis 1 sudu kecil/yogurt 10g (optional-kalau takde pun takpe)

Cara2:
Pukul cream cheese & butter sehingga sebati. Masukkan gula icing sedikit demi sedikit. Masukkan serbuk limau nipis/yogurt

image

Sapukan topping apabila kek telah sejuk. Hiaskan kek dengan ceri/strawberi/bahan2 lain mengikut kegemaran masing.

img_1589


Nak resepi lagi?

Tengok senarai video resepi dibawah ini. Kami akan tambah koleksi video resepi yang menarik dari semasa ke semasa. Follow blog dan subscribe channel youtube kami untuk dapatkan resepi yang terkini.

1 Comment »

Leave a Reply