Donat Gebu dan Sentiasa Lembut (Fluffy Donut) 

Assalamualaikum. Entry kali ni saya nak kongsikan cara untuk membuat donat gebu dan sentiasa lembut walaupun dah sejuk. Peminat dunkin donut ataupun big apple wajib cuba resepi ni. Hehe. Kat bawah ni saya ada sediakan video cara untuk membuatnya supaya lebih senang nak faham. Kalau nak resepi yang best lagi, jom subscribe YouTube Channel kami.

Sebenarnya nak buat donat ni taklah susah sangat pun. Bahan-bahannya juga cuma bahan yang asas. Cuma nak tunggu doh donat ni kembang memang makan masa sikit. Kalau sukatan bahan dan caranya betul, memang donat yang kita hasilkan sangat lembut walaupun disimpan seharian.

Baru-baru ni viral pula resepi bomboloni. Bomboloni yang asli sebenarnya bukan donat biasa yang berinti. Ada kelainan dalam resepinya. Kalau dah pandai buat donat, boleh la cuba buat bomboloni pula. Selain donat biasa ni, saya juga pernah berkongsi resepi donat pandan. Resepi donat gebu ni boleh dipelbagaikan perisanya mengikut selera masing-masing.

Untuk mendapatkan donat yang lembut dan gebu, adunan doh mestilah sedikit lembik. Adunan yang dibancuh akan melekat sedikit di tangan. Tapi jangan risau. Uli saja sehingga adunan sebati dan tidak lagi melekat di tangan. Jika adunan terasa keras, boleh tambahkan air sedikit demi sedikit. Boleh uli doh dengan mixer kalau nak lebih senang. Tapi pastikan guna hook penguli yang betul. Jangan guna mixer biasa pulak. Rosak mixer nanti. Hehe.

Tips menguli tanpa mixer

Uli doh sebentar lebih kurang 5 minit atau sehingga semua bahan sebati. Kemudian rehatkan doh lebih kurang 10 minit. Uli lagi lebih kurang 5 minit dan rehatkan lagi doh. Ulang langkah ni sebanyak 3-4 kali. Akhir sekali baru rehatkan doh selama lebih kurang 1 jam atau sehingga doh naik 2 kali ganda. Cara ni lebih mudah untuk doh menjadi sebati dan lembut. Yang paling penting tangan tak lenguh nak uli lama-lama. Hihi.

Ok jom kita tengok resepinya kat bawah.

donat gebu

Bahan-Bahan Donat Gebu:

Bahan A:

  • 1 cawan air suam
  • 1 paket yis kering (11g)
  • 2 sudu besar susu pekat
  • 2 sudu besar gula

Bahan B:

  • 4 cawan tepung gandum
  • 2 sudu besar marjerin
  • 1 sudu teh garam
  • 1 sudu teh bread softener (optional)

*kalau tak letak bread softener, boleh letak baking powder

Cara-cara membuat Donat Gebu:

  1. Bancuhkan susu pekat dan gula di dalam air suam. Kemudian, masukkan yis. Biarkan yis kembang sampai berbuih lebih kurang 10 minit.
  2. Masukkan ke semua bahan B ke dalam bekas besar. Gaul rata bahan2 ini.
  3. Kemudian campurkan yis tadi sedikit demi sedikit dan uli sedikit sehingga sebati. Boleh tambah air sikit kalau doh belum sebati.
  4. Tutup bekas doh tadi dan perap selama lebih kurang 1 jam.
  5. Doh akan mengembang 2 kali ganda selepas 1 jam.
  6. Tumbuk2 doh tadi untuk keluarkan angin. Kemudian ambil sikit doh untuk dicanai dan terap. Gunakan sikit tepung supaya lebih senang nak terap.
  7. Rehatkan doh yang telah siap di bentuk selama 5-10 minit. Lepas doh dah kembang, bolehla goreng.

Nota:

  • Adunan doh memang agak lembik sikit semasa dibancuh tapi jangan risau. Doh akan jadi lembut selepas diperap dan akan menghasilkan donut yang gebu.

Lagi gambar untuk santapan mata korang. Lembut gebu gebas.. selamat mendonut ye.. ?


Nak resepi lagi?

Tengok senarai video resepi dibawah ini. Kami akan tambah koleksi video resepi yang menarik dari semasa ke semasa. Follow blog dan subscribe channel youtube kami untuk dapatkan resepi yang terkini.

Join telegram kami

Join channel telegram kami untuk mendapatkan notifikasi video dan juga blog yg terbaru. Klik link ini https://t.me/buatoranglapo

Join Telegram@buatoranglapo

4 Comments »

  1. Assalamualaikum sis. Thanks share recipe ni mudah terbaik senang sgt utk dibuat. Sy nak tanya, kalau sy guna 1 kg tepung tp yis masih lg guna 1 paket shj tapi air saya adjust ikut sukatan tepung boleh tak?

    • Waalaikumussalam. Yup boleh takde mslh. Cuma mungkin kena perap lama sikit. Kalau nak cepat kembang boleh guna yis basah.

Leave a Reply