Samyang Spicy Ramen – Review

Assalamualaikum.

Baru-baru ni bawah office aku ade jual-jual makanan asia (Yummy Asia). Macam-macam jenis makanan yg tak ada kat malaysia ni dorang jual. Masa tengah cari-cari tu terjumpa la satu makanan ni. Nama dia Samyang Spicy Ramen. Tiba-tiba aku teringat pasal beberapa youtubers yg pernah buat challenge makan mee ni.

Untuk pengetahuan mee ni memang sangat pedas dan pedas dia bukan pedas biasa-biasa tapi pedas tahap gaban punya. Rasa macam nak try rasa pedas sangat ke macam yang orang cakap tu. Kebetulan masa tu ada promosi jual pada harga RM19.90 (mahal gile kan). Aku google mee ni jumpa kat lelong ade orang jual RM24 (perghh lagi mahal). Kira murah la dia jual ni. So aku beli je la nak suruh bini aku masak balik kang. 

Ramen ni boleh dimasak ikut suka hati korang nak kering ke nak berkuah ke. Mee dia jenis besar-besar, lagi besar dari mee maggi. Rasa kenyal dan tak muak macam mee kuning. Dalam pack tu ada 2 pack lagi untuk perencah dan bijan. Orang korea suka letak bijan dalam makanan kot.

Cubaan pertama ramen ni….. perghhh pedas gila….. bini aku masak style berkuah. Mula-mula hirup kuah dulu konon2 nak rasa pedas ke tak. Sekali hirup je dah pedas satu mulut. Dengan bibir-bibir pun dah rasa pedas. Lepas tu try mee dia pulak, panas-panas masuk mulut ditambah dengan pedas melampau dia tu memang meletup la pedas dia. Amaran kepada yg tak boleh makan pedas, jangan makan mee ni. Kalau degil jugak nak rasa pedas dia, boleh cuba hirup sup dia dulu. Rasa dia sedap atau tak aku tak pasti sebab rasa pedas tu dah menutup rasa sedap.

Cubaan kedua. Bini aku masak kering style macam megi goreng pulak. Perencah pun letak separuh je dengan harapan tak la pedas melampau macam cubaan pertama tu. Bila buat kering tu nampak menyelerakan, rasa macam boleh makan habis ni. Bila masuk mulut je…. perghhh pedas gila jugak…. rasanya macam lagi pedas dari yg sebelum ni. Padahal dah letak perencah separuh je. Tapi kali ni ada rasa flavour dia. Boleh tahan jugak rasa dia. Kali ni memang aku makan tak habis walaupun dah berkongsi dengan bini aku. Minum air yogurt pun still rasa pedas lagi. Air liur meleleh je tahan pedas.

Jadi betul la apa yang orang cakap tu. Memang ramen ni sangat pedas dan pedas dia bukan biasa tapi pedas yang melampau. Tak pasti la ape motif dia buat mee pedas-pedas ni sampai susah sangat nak makan. Ada lagi 3 bungkus tu tak sanggup dah aku nak makan. Aku bagi ke anak buah dan mak aku untuk dorang rasa. Kebetulan anak buah aku tu minat sangat kpop. Balik-balik tengok Running Man je, tengok kumpulan kpop menyanyi la apa la. Mak aku plak jenis suka makan pedas. Dia kunyah cili selamba je. Tengah tunggu review dari dia. Kalau dia komen pedas tu maknenye confirm la memang pedas melampau ramen tu. Kalau dia cakap biasa-biasa je maknenye still tak memenuhi standard pedas dia la tu.

Kepada yg rasa tahan pedas tu boleh cuba ramen ni. Tengok boleh tahan ke tak pedas. Tak silap aku mee ni dorang ade jual kat giant (dari apa yg aku baca kat komen-komen youtube). Tak pasti betul atau tak, boleh cuba cari. Kalau nak resepi cara nak masak ramen ni tunggu bini aku update post dulu. haha.. Aku tukang bagi review makanan je. Bini aku tukang masak dan post resepi.

blogger-image--1104546686
Ramen yang dah siap di masak. Jangan terpedaya dengan saiz dia. Portion dia memang banyak cuma pinggan aku yang lebih besar.

Nak resepi lagi?

Tengok senarai video resepi dibawah ini. Kami akan tambah koleksi video resepi yang menarik dari semasa ke semasa. Follow blog dan subscribe channel youtube kami untuk dapatkan resepi yang terkini.

Leave a Reply