Ayam Goreng Cili Padi

Assalamualaikum..

Kali ni saya nak share resepi ayam cili padi. Ni antara menu yang terawal saya belajar lepas kahwin. Maklumla sebelum kahwin tak reti masak pun. Hehe.. Sebab requested by husband, kena la belajar masak ayam cili padi favorite dia ni.. Belajar pun drp mak mertua. Biasa la 1st time try tak sesedap masakan mak. Lepas beberapa kali try baru la sedap ummppp lazat!! Haha.. So sesiapa yang nak try resepi ni jangan risau kalau 1st time buat tu tak sesedap yang di inginkan. Try lagi dan lagi dan lagi confirm sedap punya..

Sila baca resepi kat bawah untuk ayam yang sedap lazat tak terkata ni.. Hehe..

FullSizeRender 12

Bahan-bahan:

  • 5-6 ketul ayam (potong sederhana)
  • 10-15 tangkai cili padi (ikut suka kepedasan masing2)
  • 1 biji bawang besar
  • 3 biji bawang merah kecil
  • 3 ulas bawang putih
  • Garam
  • 1 biji limau kasturi
  • Minyak secukupnya

Cara-cara:

  1. Gaulkan ayam dengan garam dan serbuk kunyit. Goreng sehingga masak. Ketepikan.
  2. Tumbuk @ kisar semua bawang dan cili padi. (Saya lebih suka tumbuk sebab lebih terasa kemanisan bawang)
  3. Panaskan minyak. Tumis semua bahan2 yang ditumbuk/dikisar tadi. Goreng sehingga bahan2 tumis bertukar warna sedikit gelap @ garing.
  4. Masukkan air limau kasturi dan garam secukupnya. (boleh tambah sedikit gula jika suka)
  5. Masukkan ayam yang telah di goreng tadi. Gaul rata. Dah siap!

Tips: Gunakan minyak yang banyak semasa menumis supaya cili betul2 masak dan tak cepat rentung. Gunakan api sederhana @ kecil. (Boleh buang sedikit minyak yang berlebihan setelah sambal masak).

Sekiranya ada sebarang pertanyaan atau kemusykilan boleh la tinggalkan komen diruangan bawah ini.


Nak resepi lagi?

Tengok senarai video resepi dibawah ini. Kami akan tambah koleksi video resepi yang menarik dari semasa ke semasa. Follow blog dan subscribe channel youtube kami untuk dapatkan resepi yang terkini.

7 Comments »

    • ?? jgn la give up. Try byk2 kali nnt mesti sedap. Tips nk masak cili padi : minyak kena byk.supaya cili betul2 masak. Baru sedap. Boleh buang minyak sikit bila dah siap masak kalau Rasa minyak Tu byk sgt. Api jgn besar sgt. Biar masak lama sikit. Kalau terlampau kering boleh tambah air sikit. Pastu biar kering. Then tmbh lagi air sikit. Cili dh cukup rasea semua baru letak ayam.

Leave a Reply