Kuih Bakar Pandan

Assalamualaikum..

Kuih bakar pandan ni kuih tradisional Melayu yang mak saya selalu buat zaman dahulu kala masa saya kecik-kecik lagi. Hehe. Dia buat untuk dijual. Selalu ramai orang yang tempah kuih ni drp mak saya. Antara kuih paling glamor yang dia jual masa tu. Memang sedap lemak manis gitu rasanya.

Zaman sekarang ni mungkin ada kuih ni dijual kat pasar malam @ pasar pagi kot. Tapi kat tempat saya susah sikit nak jumpa. So kita kena la belajar buat sendiri. Adunan kuih ni senang je nak buat cuma masa untuk bakar kuih  ini agak lama sikit. Mak saya dulu2 bakar atas dapur gas je. Saya buat ni bakar guna oven. So sesiapa yang tak ada oven tu still boleh buat kuih ni. Masak atas dapur gas je. Ok jom tengok dulu resepinya.

Bahan-bahan:

  • 1 cawan tepung gandum (boleh tambah 2 sudu besar tepung kalau nk kuih yg kental sikit)
  • 1 cawan gula (kalau nk kurang manis letak 3/4)
  • 1 cawan santan
  • 1 cawan susu cair
  • 1 cawan air pandan (1 cawan air + 3@4 helai daun pandan) *blend dan tapis
  • 3 biji telur
  • 1/2 sudu kecil esen pandan
  • 1/2 sudu kecil esen vanilla
  • 1 sudu kecil pewarna hijau
  • Secubit  garam
  • Bijan

Cara-cara:

  1. Masukkan semua bahan (kecuali bijan) ke dalam blender. Blend sekejap sehingga sebati.
  2. Masukkan acuan yang di lenser minyak.
  3. Taburkan bijan.
  4. Bakar selama 1 jam pada suhu 180°C (ikut oven masing2). Gunakan api atas bawah.
  5. Boleh potong kuih bila dah sejuk.

Ok dah siap dah kuih bakar pandan. Selalunya saya akan tambah sikit masa membakar untuk dapatkan kerak yang banyak sebab bahagian kerak yang paling best. Hehe.. Ikut la selera masing-masing. Kalau korang bakar atas dapur gas, pastikan guna api kecil supaya kuih tak cepat hangit. Satu lagi option kalau korang tak ada blender, boleh pukul semua bahan-bahan guna whisk. Kemudian tapis adunan sebelum di masukkan ke dalam acuan.

Ok selamat mencuba ye..  boleh refer pada video kat bawah ni untuk cara penyedian yang lebih tepat.. 🙂


Nak resepi lagi?

Tengok senarai video resepi dibawah ini. Kami akan tambah koleksi video resepi yang menarik dari semasa ke semasa. Follow blog dan subscribe channel youtube kami untuk dapatkan resepi yang terkini.

5 Comments »

  1. Terima kasih tuan punya resipi. Moga Allah yang membalas jasa tuan punya resipi atas ilmuyang di kongsi. First time buat menjadi, terus nak bawak pergi rumah sedara ada makan makan besoknya.
    Tapi suhu membakar my oven kecil so i reduce pada suhu 150 Celcius selama 1 jam tepat siap menjadi. Alhamdulillah.

    • Ade loyang khas utk kuih bakar ni kalau nk bakar atas dapur. Dia tebal. Saya tak pasti kalau guna loyang biasa ok ke tak sebab loyang biasa tu nipis je. Tp bole try. Letak je atas dapur dgn api yg kecil. Mgkn boleh alas loyang dgn tudung periuk nak bg tebal sikit. Kemudian, tutup loyang tu.

Leave a Reply