Sambal Goreng Tempoyak Ikan Bilis

Assalamualaikum..

Minggu lepas balik kampung ramai-ramai dengan semua adik beradik sebab ada makcik buat kenduri untuk pergi umrah. Macam biasa bila balik kampung mesti nak bawak bekal macam-macam sebab mak banyak tanaman kat sekeliling rumah. Kutip je. Free.. Hehe. Tapi yang paling favorite ialah tempoyak (ini bukan tanaman ?).

Sebagai orang Pahang, stok tempoyak ni wajib ada kat rumah. Buat sambal ke, buat gulai ke, makan tempoyak saja pun boleh. Bila musim durian memang berbotol-botol la mak saya buat stok tempoyak. Tempoyak ni boleh simpan lama berbulan-bulan. Jadi jangan risau tempoyak basi ye. ?

Masakan paling glamor guna tempoyak ni biasanya gulai tempoyak ikan patin. Lagi sedap kalau ikan patin fresh. Tapi kali ni saya nak tunjukkan cara buat sambal goreng tempoyak ikan bilis. Kalau dah biasa makan sambal tempoyak mentah, kena cuba buat sambal goreng tempoyak ni pulak. Lagi marbeles kalau guna tempoyak yang baru dibuat. Sebab masih ada rasa manis durian tu lagi. Kalau taknak guna ikan bilis, boleh jugak guna ikan lain gunakan resepi ni macam ikan tilapia, ikan patin atau apa-apa ikan yang korang suka. Ok jom tengok resepinya kat bawah.

sambal goreng tempoyak ikan bilis

Bahan-bahan:

  • 4 sudu besar tempoyak
  • 10 biji cili api – tumbuk/kisar
  • 1 labu bawang besar – dihiris
  • 1/2 cawan ikan bilis
  • Sedikit air
  • Garam
  • Gula
  • Serbuk kunyit

Cara-cara:

  1. Gorengkan ikan bilis separuh masak. Ketepikan.
  2. Tumis bawang besar sehingga layu.
  3. Bancuhkan tempoyak dan cili api di dalam mangkuk bersama sedikit air.
  4. Bila bawang dah layu, masukkan bancuhan tempoyak tadi. Kacau sebentar.
  5. Masukkan ikan bilis. Kacau sehingga masak.
  6. Perasakan dengan garam dan gula. Tambahkan sedikit serbuk kunyit.
  7. Reneh dengan api perlahan sehingga tempoyak bertukar warna sedikit kegelapan.

Siap dah.. Senang je nak buat sambal ni. Simpan stok tempoyak banyak-banyak kat rumah. So bila-bila masa pun boleh buat sambal tempoyak ni. Makan sambal ni dengan nasi panas tambah dengan telur dadar dah cukup menyelerakan dah. Cicah roti pun sedap.. Ok selamat mencuba..


Nak resepi lagi?

Tengok senarai video resepi dibawah ini. Kami akan tambah koleksi video resepi yang menarik dari semasa ke semasa. Follow blog dan subscribe channel youtube kami untuk dapatkan resepi yang terkini.

Leave a Reply