Ayam Masak Thai Sedap dan Menyelerakan

Assalamualaikum.. Hari ni saya nak buat ayam masak Thai pulak. Belek-belek kt Facebook cari idea untuk makan tengah hari terjumpa la resepi ayam masak Thai ni. Tengok bahan semua ada kat dapur. Cara masak pun senang je. Saya pun try la. Boleh tahan sedap jugak ayam masak Thai ni. Lebih kurang rasa macam ayam masak cili padi.

ayam masak Thai

Antara bahan yang penting dalam resepi ayam masak Thai ni ialah daun limau purut. Rasanya kebanyakan masakan Thailand mesti menggunakan daun limau purutkan. Aroma daun limau purut ni memang sedap jika ditambah di dalam pelbagai jenis masakan. Tapi limau purut ni tak boleh di masak terlalu lama kerana akan menghasilkan rasa yang agak pahit. Boleh juga buang tangkai di tengah daun limau untuk mengurangkan rasa pahit.

Jom tengok resepi ayam masak Thai kat bawah ni. Kalau nak dapatkan pelbagai lagi resepi yang best, boleh subscribe YouTube Channel kami “Buat Orang Lapo”.

Bahan-bahan ayam masak Thai:

  • 5-6 ketul ayam
  • 2 batang serai (diketuk)
  • Beberapa helai daun limau purut
  • 1/2 biji bawang besar/holland (dihiris)
  • 2 sudu besar sos cili
  • 2 sudu besar sos tiram
  • 1 sudu besar sos tomato
  • 1 biji limau kasturi (ambil airnya)
  • Garam

Bahan kisar/tumbuk:

  • 4-5 ulas bawang putih
  • 1 cm halia
  • 1 cm kunyit hidup
  • 7-8 biji cili padi
  • 1 biji cili besar

Cara-cara:

  1. Perap ayam seketika dengan garam dan kunyit. Goreng separuh masak. Ketepikan.
  2. Panaskan minyak dalam kuali dan tumis bahan kisar bersama serai hingga wangi dan garing.
  3. Masukkan sos cili, sos tiram dan sos tomato. Kacau sebentar.
  4. Masukkan air limau dan garam. Tambah gula jika suka.
  5. Bila sos dah sebati, masukkan ayam. Gaul sebentar.
  6. Akhir sekali masukkan daun limau purut dan bawang besar. Kacau sehingga ayam masak.

Nota: Kalau ada sos ikan, boleh tambah dalam masakan ni. Lagi bertambah sedap sebab kebanyakkan masakan Thai guna sos ikan dalam masakan diorang.

[wordsads]

ayam masak Thai ayam masak Thai ayam masak Thai


Nak resepi lagi?

Tengok senarai video resepi dibawah ini. Kami akan tambah koleksi video resepi yang menarik dari semasa ke semasa. Follow blog dan subscribe channel youtube kami untuk dapatkan resepi yang terkini.

Leave a Reply