Puding Kastard Jagung Creamy

Assalamualaikum.. Entry kali ni saya nak kongsikan resepi puding kastard jagung yang lemak berkrim.. Resepi ni daripada blog sepupu saya, sisterscookingproject2.blogspot.com. Credit to her sebab masakan dia memang sedap. Tak rugi ambil resepi daripada dia. Hehe.

puding kastard jagung

Semua makanan berasaskan jagung memang kegemaran saya. Selalu beli puding kastard jagung ni ada yang tak berapa sedap sangat. Ada yang cuma letak perisa jagung tapi tak ada jagung pun. Potong selera betul kalau beli puding macam tu. Huhu. Bila buat sendiri puas hati, sedap dan bole makan banyak ?. Cara nak buatnya senang je. Just masukkan semua bahan dalam periuk dan kacau sehingga likat. Pastikan adunan dikacau sentiasa dan di masak sehingga betul-betul likat tau. Kalau tak nanti puding akan jadi lembik walaupun dah sejuk. Puding ni memang sedap makan semasa sejuk.

Ok jom kita tengok video resepi puding kastard jagung yang super creamy ni sebelum korang mencubanya. Senang nak faham bila dah tengok video. Hehe.

Bahan-bahan puding kastard jagung:

  • 1 cawan Tepung Kastard
  • 3/4 cawan Gula
  • 1  1/2 cawan Jagung Manis krim
  • 1  1/2 cawan Susu Cair
  • 3 cawan Air
  • Secubit garam

Cara-cara:

  1. Campurkan semua bahan di dalam periuk. Kacau sebati. (tak perlu pasang api dapur)
  2. Bila semua bahan dah sebati, baru pasangkan api. Masak puding dengan api perlahan. Kacau sentiasa sehingga pekat dan berkilat.
  3. Masukkan ke dalam acuan dan sejukkan sebelum dipotong.

Tips:

  • Sentiasa kacau adunan semasa masak supaya adunan rata dan tidak berketul.
  • Masak sehingga betul-betul likat dan pekat.
  • Sukat semua bahan dengan menggunakan cawan yang sama.

Dah siap. Senang sangat. Tak sampai 10 minit pun bole siap. Puding ni sedap dimakan semasa sejuk.. Selamat mencuba.. ?

puding kastard jagung

puding kastard jagung


Nak resepi lagi?

Tengok senarai video resepi dibawah ini. Kami akan tambah koleksi video resepi yang menarik dari semasa ke semasa. Follow blog dan subscribe channel youtube kami untuk dapatkan resepi yang terkini.

Leave a Reply