Roti Sardin Gulung Crunchy Mudah dan Sedap

Assalamualaikum.. Menu berbuka saya hari ni roti sardin. Resepi ni simple je tapi sedap. Memang membuka selera untuk berbuka puasa. Hehe. Mungkin ramai yang selalu buat inti sardin ni untuk sandwich. Tapi hari ni saya nak buat roti sardin gulung crunchy. Cara untuk membuat intinya sama macam nak buat roti sandwich cuma ianya digoreng dengan telur.

roti sardin gulung crunchy Apa yang paling best tentang roti sardin gulung crunchy ni ialah sebab ianya disalut dengan serbuk roti. Jadi luaran roti ni memang sangat rangup. Nak buat pun senang sangat. Anak-anak yang sekolah rendah pun bole buat roti ni. Hehe. Ok jom tengok resepi roti ni.

Bahan-bahan roti sardin gulung crunchy:

  • 10 keping roti
  • 1 tin sardin (tin sederhana)
  • 1/2 biji bawang merah besar (dihiris)
  • 1 biji cili merah (dihiris)
  • Sedikit garam
  • Sedikit air limau
  • 2 biji telur
  • Serbuk roti secukupnya

Cara-cara:

  1. Ambil isi ikan sardin (tanpa kuah) dan hancurkan.
  2. Masukkan air limau, garam, bawang dan cili merah. Gaul sekata. Ketepikan.
  3. Ambil roti dan lenyekkan satu per satu. Letakkan sardin di atas roti dan gulungkan.
  4. Sapukan sedikit telur di hujung roti supaya roti tidak terbuka semasa menggoreng.
  5. Kemudian salutkan keseluruhan roti dengan telur dan salutkan pula dengan serbuk roti.
  6. Panaskan minyak. Goreng sehingga kekuningan.
  7. Siap untuk dihidangkan.

Tips:

  • Goreng roti dengan minyak yg sederhana kecil supaya serbuk roti tidak mudah rentung.

Nota:

  • Boleh tambahkan sayuran lain ke dalam Sardin seperti lobak merah yang disagat, daun bawang dan lain-lain jika suka.
  • Serbuk roti boleh dibuat sendiri dengan membakar roti di dalam oven sehingga garing dan kisar.
  • Serbuk roti boleh digantikan dengan bahan lain seperti biskut kering yang dihancurkan, nestum, cornflakes dan sebagainya.

Ok dah siap.. Jangan lupa cuba resepi ni ye.. ??

roti sardin gulung crunchy roti sardin gulung crunchy roti sardin gulung crunchy roti sardin gulung crunchy


Nak resepi lagi?

Tengok senarai video resepi dibawah ini. Kami akan tambah koleksi video resepi yang menarik dari semasa ke semasa. Follow blog dan subscribe channel youtube kami untuk dapatkan resepi yang terkini.

2 Comments »

Leave a Reply