Aiskrim Goreng 

Assalamualaikum. Siapa nak resepi aiskrim goreng? Ada ke yang nak? Senang sangat je pun aiskrim goreng ni. Nak goreng pun beberapa saat je. Haha. Tak kisah la ada yang nak kena tak. Saya share jugak. Heh..

aiskrim goreng

Pertama kali saya makan aiskrim goreng ni beli kat supermarket yang dah siap punya. Jenama Nestle. Tinggal nak goreng je. Senang dan sedap. Pernah jugak beli yang dah siap goreng dekat RnR. RM2.50 kalau tak silap masa tu saya beli. Kat pasar malam pun selalu ada orang jual aiskrim goreng ni. Harga tu agak mahal la jugak bagi saya kalau nak bandingkan dengan buat sendiri. Beli 1 kotak besar aiskrim tak sampai rm10 pun dah boleh buat banyak aiskrim goreng.

Buat aiskrim goreng ni cuma perlu roti dan aiskrim je. Tak payah fikir panjang-panjang pun nak buatnya. ? Aiskrim perisa n jenama apa-apa pun boleh. Janji sedap.. Ni salah satu cara paling senang nak habiskan stok roti yang dah nak tamat tempoh @ expired. Sebelum roti tu berkulat n terbuang, baik kita tukar roti tu jadi makanan yang lebih sedapkan.. ? ok jom tengok cara nak buat aiskrim goreng ni. Budak tadika pun boleh buat..

Bahan-bahan : 

  • Aiskrim (saya guna vanila)
  • Roti (saya guna gardenia plain)

Cara-cara :

  1. Tekan-tekan @ penyetkan sedikit roti menggunakan tangan.
  2. Letakkan aiskrim di tengah roti. (agak-agak la nak banyak mana)
  3. Ambil sekeping lagi roti. Letakkan  di atas aiskrim tadi.
  4. Tekap roti dengan cawan@mug sehingga lebihan tepi roti tertanggal. (roti atas dan bawah akan melekat)
  5. Simpankan roti yang telah siap ke dalam peti sejuk beku. Bekukan sekurang-kurangnya 4-5jam @ semalaman. aiskrim goreng
  6. Untuk menggoreng, panaskan minyak di dalam kuali@periuk. Gunakan minyak yang banyak untuk deep fry. Pastikan minyak betul-betul panas supaya tak perlu goreng roti terlalu lama untuk mengelakkan aiskrim cair.
  7. Masukkan roti ke dalam minyak yang panas selama 8-10 saat @ sehingga roti keperangan.

Siap..! Kalau nak sedap lagi boleh la makan dengan sos coklat @ strawberi… Senang je kan? Tak payah cari aiskrim goreng kat pasar malam lagi lepas ni. ?


Nak resepi lagi?

Tengok senarai video resepi dibawah ini. Kami akan tambah koleksi video resepi yang menarik dari semasa ke semasa. Follow blog dan subscribe channel youtube kami untuk dapatkan resepi yang terkini.

1 Comment »

Leave a Reply