Super Simple Nutella Muffin menggunakan 3 bahan

Assalamualaikum. Minggu lepas saya dengan semua keluarga pergi bercuti ke Langkawi. Sesekali bercuti bersama beramai-ramai memang seronok. Tapi dalam pada seronok tu ramai pulak yang tak sihat. Ada yang demam, selsema, batuk, sakit perut. Mak pulak sakit lutut sebab banyak berjalan. Suruh naik wheel chair tak nak pulak. Hehe.. Sian mak. Tapi dia seronok anak cucu-cucu pergi sana sini. Disebabkan ramai sangat yang tak berapa sihat, kitorang asyik ulang alik ke klinik je la.. At last jadi la percutian ke klinik langkawi. Haha.. Macam-macam hal.

Masa kat langkawi sempat la pergi naik cable car, pergi under water world, jalan-jalan tepi pantai chenang.. Dan yang paling penting shopping coklat. Memang wajib la kot beli coklat kalau pergi langkawi kan..hehe.. Masa beli coklat ni la saya beli Nutella. Tengok harga Nutella yang paling besar tu murah je. Saya beli la 1 tapi tak tahu pun nak buat apa dengan Nutella tu. Tahu makan sapu kat roti je. Hehe.. Then saya start la Google resepi-resepi yang menggunakan Nutella. Terjumpa la resepi yang paling senang dan paling sikit guna bahan ni ha.. Nutella muffin.

Bila semua bahan ada kat rumah, laju je la buat. Cuma cup je yang saya tak ada masa ni. Hehe.. Tapi tetap bagi nama muffin sebab bentuk dia macam cup walaupun tak letak dalam cup. ?? untuk adunan kat bawah ni, cuma dapat 7 biji muffin saiz besar. Kalau korang nak buat banyak bole gandakan resepi kat bawah ni. Sebelum cuba buat Nutella Muffin ni, jom tengok dulu video cara-cara nak buatnya. Kat dalam video ni pun ada resepi sekali.

Bahan-bahan:

  • 1 cawan Nutella
  • 120gram tepung naik sendiri
  • 2 biji telur

Cara-cara:

  1. Pukul telur sedikit menggunakan whisk atau garfu. Tak perlu sampai kembang.
  2. Masukkan Nutella. Gaul sehingga sebati.
  3. Masukkan tepung sedikit demi sedikit. Kacau lagi sehingga sebati.
  4. Masukkan ke dalam cup. (lebih kurang 3/4 daripada cup)
  5. Bakar selama 20-25 minit atau sehingga masak pada suhu 180° mengikut oven masing-masing. (pastikan oven di panaskan terlebih dahulu)

Ha…senang je kan…. Rugi tak cuba sebab rasa kek Nutella ni memang sedap sangat. Struktur dia lebih kurang macam brownies. Boleh jugak la kalau nak bagi nama dia Nutella brownies. Hihi.. Selamat mencuba ye..

nutella muffin 3 bahan nutella muffin 3 bahan nutella muffin 3 bahan


Nak resepi lagi?

Tengok senarai video resepi dibawah ini. Kami akan tambah koleksi video resepi yang menarik dari semasa ke semasa. Follow blog dan subscribe channel youtube kami untuk dapatkan resepi yang terkini.

1 Comment »

Leave a Reply