Sizzling Yee Mee Hot Plate

Assalamualaikum. Entry kali ni saya nak kongsi pula resepi sizzling yee mee. Ni antara makanan kegemaran saya dan suami kalau keluar jalan-jalan terutamanya kalau makan kat food court di mana-mana shopping complex. Sizzle maksudnya berdesir. Bunyi berdesir kuah yang panas dalam Hot Plate tu la yang maksudnya sizzling.. Tapi kalau tak ada Hot Plate pun jangan risau. Still boleh masak dalam kuali biasa untuk bagi dia panas dan bunyi sizzling tu. Hehe..

Selain daripada yee mee, resepi sizzling ni jugak boleh digunakan untuk di makan bersama mee kuning atau nasi. Disebabkan terlalu minat makan sizzling ni, saya cuba pelajari cara masakannya. Dalam banyak-banyak resepi yang saya cuba, saya rasa ni yang paling sedap. Korang boleh cuba kalau nak tau kesedapannya. Boleh tengok video kat bawah ni untuk lebih mudah tahu cara buat Sizzling.

sizling yee mee

Bahan-bahan:

  • 4 ulas bawang putih (ditumbuk)
  • 1/2 inci halia (ditumbuk)
  • 3 cawan air
  • 1 kiub pati ayam
  • 3 sudu besar kicap manis
  • 3 sudu kicap pekat
  • 1 sudu besar kicap cair
  • 4 sudu besar sos tiram
  • 1 sudu besar serbuk lada hitam
  • 2 sudu tepung jagung (bancuh dengan sedikit air)
  • 4-6 tangkai cili kering (dipotong 2 atau 3)
  • Ayam (dipotong kecil)
  • Cendawan shitake
  • 2-3 sanggul yee mee
  • Sayur sawi
  • Telur

Cara-cara:

  1. Tumis bawang putih, halia dan cili kering sampai naik bau dan kekuningan.
  2. Masukkan ayam. Goreng separuh masak.
  3. Masukkan air.
  4. Tambahkan sos tiram, kicap pekat, kicap manis, kicap cair, lada hitam dan kiub pati ayam.
  5. Biarkan kuah mendidih.
  6. Bila dah mendidih, boleh masukkan cendawan. Biarkan sebentar.
  7. Kemudian masukkan air tepung jagung. Gaul rata sampai kuah jadi pekat likat. Tutup api.
  8. Bila dah nak dihidangkan, masukkan 2 senduk kuah ke dalam plate sizzling. Masukkan 1 sanggul yee mee, sayur sawi dan pecahkan sebiji telur. Panaskan di atas dapur sehingga sawi lembut dan telur masak. Jika perlu, tambahkan lagi kuah. Tutup api dan sedia untuk dihidangkan.

Nota:

  • Kalau tak ada plate sizzling boleh guna kuali biasa je.
  • Plate yang dah siap digunakan perlu di basuh bersih dan panaskan di atas dapur sehingga kering supaya plate tak cepat berkarat.

Jom menikmati gambar-gambar kat bawah ni dulu. Lepas tu boleh la cuba ye. Sedap tau..

sizzling yee mee sizzling yee mee


Nak resepi lagi?

Tengok senarai video resepi dibawah ini. Kami akan tambah koleksi video resepi yang menarik dari semasa ke semasa. Follow blog dan subscribe channel youtube kami untuk dapatkan resepi yang terkini.

1 Comment »

Leave a Reply