Apam Nasi Lembut dan Gebu

Assalamualaikum.. Hari ni saya nak kongsikan resepi apam nasi yang lembut, gebu dan sedap lagi meriah. ? Dah lama suami suruh buatkan kuih apam ni tapi belum berkesempatan. Kebetulan pulak hari tu baru beli acuan kuih lompang. Jadi bersemangat sikit nak buat kuih apam nasi ni guna acuan yang kecil comel tu. Hehe.. Kalau tak ada acuan kuih lompang no pun tak apa. Kukus je dalam 1 bekas yang besar. Cuma tambahkan sikit masa mengukus.

Biasanya orang buat kuih apam nasi ni warna putih je atau warna pink. Saya saja la nak buat warna-warni bagi meriah sikit anak-anak nak makan. Rasanya sama je cuma warna je meriah. ?? Sebenarnya saya buat guna 3 warna tapi masa tengah perap adunan ni nak bagi kembang, tak sedar anak saya panjat meja dan tuang 3 botol pewarna ke dalam adunan yang warna hijau. Haha.. Pandai pulak dia bukak sendiri penutup botol tu. Meriah la dia main pewarna tu semua. Habis tangan dia warna warni. Bila saya kacau adunan tersebut terus bertukar jadi warna hitam. Haha.. Nak tak nak terpaksa la buang adunan tu. So tinggal la dua warna je apam ni.. Boleh tengok ending video kat bawah ni yang saya buat 3 warna masa bancuh adunan. Kih3..

Ok la jom kita tengok dulu resepi apam nasi yang sedap ni. Boleh tengok video bawah ni cara-cara penyediaan dia.

apam nasi

Bahan-bahan:

  • 1 cawan nasi
  • 3/4 cawan gula
  • 1 1/2 cawan air
  • 1 cawan tepung gandum
  • 1 cawan tepung beras
  • 1 sudu kecil yis
  • Kelapa parut (gaul dengan sedikit garam)

Cara-cara:

  1. Kisarkan nasi dan air sehingga betul-betul hancur dan halus.
  2. Kemudian, campur gula ke dalamnya dan kisar lagi sehingga sebati.
  3. Dalam bekas lain, satukan tepung gandum, tepung beras dan yis.
  4. Masukkan bahan cecair tadi ke dalam bekas yang berisi tepung. Kacau sehingga sebati.
  5. Bahagikan adunan kepada beberapa bahagian dan letakkan sedikit pewarna (jika suka).
  6. Perapkan adunan sekurang-kurangnya 3 jam.
  7. Sediakan acuan kecil yang disapu dengan sedikit minyak.
  8. Masukkan adunan ke dalam acuan dan kukus selama 15 minit. (panaskan kukus terlebih dahulu)
  9. Taburkan sedikit kelapa parut yang telah digaul dengan garam tadi di atasnya.

Dah siap.. Jom layan gambar-gambar apam yang lazat kat bawah ni. Mesti boleh buat orang lapo. ???

apam nasiapam nasiapam nasiapam nasi


Nak resepi lagi?

Tengok senarai video resepi dibawah ini. Kami akan tambah koleksi video resepi yang menarik dari semasa ke semasa. Follow blog dan subscribe channel youtube kami untuk dapatkan resepi yang terkini.

2 Comments »

Leave a Reply