Apam Polkadot Gebu dan Lembut

Assalamualaikum. Hari ni saya nak kongsikan resepi apam polkadot pulak. Beberapa resepi yang saya cuba sebelum ni, saya rasa resepi ni yang paling sedap, gebu dan lembut walaupun apam dah sejuk. Resepi ni saya ambil daripada kakak saya sendiri. Ada juga dia ambil tempahan daripada jiran-jiran dia untuk macam-macam majlis. Siapa yang duduk Sri Gombak boleh la kalau nak tempah apam ni daripada kakak saya kot. Hehe. Boleh cari Facebook dia nama Afzalina Ahmad Yusof. Disebabkan dia dah selalu buat apam ni, saya tanyakan dia tips-tips untuk mendapatkan apam yang gebu dan lembut. Yang penting perlu gunakan teknik yang betul. Kat bawah ni saya ada kongsi sedikit tips untuk dapatkan apam yang gebu dan lembut.

Korang patut cuba buat apam ni. Boleh buat hidangan untuk apa-apa majlis macam majlis hari jadi ke.. Budak-budak selalunya suka apam ni sebab comel dan berwarna-warni. Kalau dah expert tu boleh la buat untuk meniaga pulak. Satu adunan ni boleh dapat lebih kurang 80 biji apam. Tapi sebelum buat tu kena ada acuan kuih lompang dulu ye. Untuk letak paper cup. Kalau tak nanti kembang dan leper pulak apamnya. Hehe.

Untuk filling pulak korang boleh letak apa-apa filling kegemaran masing-masing. Kalau tak letak pun ok, cuma lebihkan gula di dalam adunan (boleh guna 1 cawan). Jadi apam akan manis sedikit dan lebih sedap. Saya cuma letak 3/4 cawan gula di dalam adunan sebab dah ada filling yang manis. Kalau terlalu manis pun tak sedap jugak. Tapi ikut la selera masing-masing. ?? Boleh tengok dulu video kat bawah ni untuk cara buat apam polkadot ni.

Bahan-bahan :

  • 2 1/2 cawan tepung gandum
  • 3 sudu teh baking powder
  • 1 cawan susu cair
  • 3 biji telur gred A
  • 3/4 cawan gula kastor
  • 1 sudu besar ovalette
  • 1 sudu teh esen vanila
  • Filling (blueberi, strawberi, Nutella @ coklat)
  • Pewarna

Cara-cara :

  1. Ayak tepung gandum dan baking powder bersama. Ketepikan.
  2. Pukul telur, gula, esen vanila dan ovalette sehingga betul-betul kembang dan gebu. Gunakan mixer dengan kelajuan tinggi.
  3. Kemudian masukkan tepung dan susu cair sedikit demi sedikit secara berselang seli. Gunakan kaedah kaup balik (guna spatula).
  4. Bahagikan adunan kepada beberapa bahagian dan letakkan pewarna.
  5. Masukkan adunan ke dalam paper cup kecil dengan menggunakan piping bag. Paper cup perlu di alas dengan acuan kuih lompang. Masukkan separuh dulu. Kemudian letakkan filling dan tutup semula dengan adunan sehingga hampir penuh.
  6. Buatkan dot dot atau apa-apa corak di atasnya.
  7. Kukus selama lebih kurang 10-15 minit dengan api sederhana.

Nota/Tips:

  • Resepi asal apam ni guna 1 cawan gula. Saya kurangkan kepada 3/4 sebab tak nak terlalu manis.
  • Pastikan telur dan gula di pukul sehingga betul-betul kembang untuk mendapatkan apam yang gebu.
  • Wajib menggunakan kaedah kaup balik semasa masukkan tepung untuk elakkan apam menjadi liat.
  • Gunakan api sederhana semasa mengukus untuk elakkan apam merekah.

apam polkadot

apam polkadot

apam polkadot


Nak resepi lagi?

Tengok senarai video resepi dibawah ini. Kami akan tambah koleksi video resepi yang menarik dari semasa ke semasa. Follow blog dan subscribe channel youtube kami untuk dapatkan resepi yang terkini.

19 Comments »

    • sis kalau tak nak letak filling sukatan gula tu camne yee saya nak sis balas reply dgn cepat sebab nak buat sekarang

    • Waalaikumussalam.mungkin jenis filling tu cair sgt. Tak boleh letak byk sgt filling. Mmg akan terkeluar. Then kukus api kecil. Kalau api besar apam akan merekah n filling akan keluar.

    • Waalaikumussalam. Tips paling penting buat apam ni pasti adunan telur,gula n ovelate dipukul sampai betul2 gebu n ringan. Adunan akan jd putih. Pukul dgn kelajuan tinggi. Masa masukkan tepung just kaup balik adunan dgn spatula. Jgn gaul terlalu kuat. Ikut 2 tips ni apam akan jadi lembut walaupun dah sejuk.

    • Sebab pakai blender. Tak sesuai utk adunan ni. Sebab adunan ni perlu jd gebu dgn ringan. Teksture adunan yg guna blender lain dgn teksture guna mixer. Mmg ada adunan yg boleh guna blender tapi tak semua.

Leave a Reply