Kek Marble Kukus

Assalamualaikum. Dah lama jugak kot rasanya saya tak buat kek. Keseronokan buat kek ni sebab anak-anak saya memang peminat tegar kek. Kali ni saya buat kek marble kukus pulak. Kek simple je.. Boleh buat untuk minum-minum petang. Tapi anak saya ni tak kisah pun. Pagi petang siang malam dorang tetap makan kek. ?

Resepi kek marble kukus ni saya ambil daripada Blog azlita masam manis. Boleh tengok Blog dia untuk resepi asal. Apa yang special pasal kek ni ialah kek ni mengguna kaya. Tambah pula dengan susu pekat yang menjadikan kek ni sangat lembut.

OK kat bawah ni ada saya buat video cara-cara nak buat kek ni.. Korang boleh la tengok video ni dulu sebelum mencuba ok.. ??

Bahan-bahan :

  • 1 cawan mentega
  • 1/2 cawan gula kastor
  • 3 biji telur
  • ¼ cawan susu pekat
  • ¼ cawan serikaya
  • 1½ cawan tepung naik sendiri
  • 1 sudu kecil vanila
  • Sedikit pewarna kegemaran

Cara-cara :

  1. Pukul mentega dan gula hingga kembang dengan kelajuan tinggi.
  2. Masukkan telur satu persatu dan pukul lagi sehingga kembang.
  3. Masukkan susu pekat, serikaya dan vanila. Pukul sebati.
  4. Masukkan tepung sedikit demi sedikit. Pukul rata.
  5. Bila sebati, bahagikan kepada beberapa bahagian dan letak pewarna/perisa setiap adunan.
  6. Sudukan adunan selang seli ke dalam loyang yang sudah dilengser dengan marjerin dan alas dasarnya dengan kertas kalis minyak.
  7. Kukus selama 1 jam atau hingga masak. (balut tutup pengukus)

OK dah siap dah. Jom la cuba buat kek ni. Senang, mudah, cepat, sedap, lembut, gebu dan lazat. ???

kek marble kukus kek marble kukus kek marble kukus kek marble kukus kek marble kukus


Nak resepi lagi?

Tengok senarai video resepi dibawah ini. Kami akan tambah koleksi video resepi yang menarik dari semasa ke semasa. Follow blog dan subscribe channel youtube kami untuk dapatkan resepi yang terkini.

1 Comment »

Leave a Reply