Kek Pandan Kukus

Assalamualaikum. Lama rasanya nak siapkan entry kek pandan kukus ni. Dah seminggu lebih dah buat kek ni tapi tertangguh-tangguh nak update resepi kat blog ni. Sebab lepas buat kek ni, esoknya saya balik ke kampung halaman. Saja-saja duduk seminggu kat kampung teman mak. Meriah sikit mak melayan cucu-cucu sempena cuti sekolah ni. Memang syok duduk kampung sampai tak ingat nak update resepi kek ni. Hehe..

Tambah pulak duduk kampung sibuk sikit sebab tolong mak buat kuih muih yang dia buat untuk dijual. Macam-macam jenis kuih yang dia buat terutamanya kuih tradisional macam kuih koci, pulut panggang, kuih talam, kuih bom, kuih keria.. Banyak la lagi. Lepas tu pulak mak saya ada buat mee kuning sendiri untuk dijual dan di hantar ke kedai-kedai. Sesiapa yang nak order mee kuning tanpa bahan pengawet boleh la contact saya ok.. Hehe.. Sedap tau mee kuning buat sendiri ni. Tak muak dan tak rasa kapur macam mee yang kita beli kat pasaraya tu. Kalau masak mee yang berkuah terutamanya mee kari, mee kuning buatan sendiri ni takkan bertukar jadi warna merah. Memang sedap..  Eh panjang pulak cerita pasal mee ni. Hehe..

Ok berbalik kepada kek kukus pandan ni, siapa nak cuba buat tu boleh tengok video kat bawah ni dulu. Guna resepi ni memang kek akan jadi sangat gebu dan lembut. Boleh jugak guna resepi ni untuk buat kek pandan cheese leleh.. Cuma tambahkan je topping cheese. Tapi kali ni saya tak buat topping pun. Makan kek ni kosong macam tu je pun dah sedap dah. Next entry insya Allah saya update resepi kek ni dengan toppingnya sekali ok.. Jom layan video resepi kat bawah. ?

Bahan-Bahan Kek pandan kukus:

  • 3 biji putih telur
  • 1 cawan gula halus
  • 3 biji kuning telur
  • 1/2 sudu kecil esen vanila
  • 1/2 cawan pati santan
  • 1/2 cawan susu cair
  • 1 sudu kecil esen pandan
  • 1 susu kecil pewarna hijau

Bahan diayak:

  • 2 cawan tepung gandum
  • 1 sudu kecil baking powder
  • 1/2 sudu kecil bicarbonate soda

Cara Penyedian:

  1. Pukul putih telur sehingga foamy (berbuih).
  2. Masukkan gula halus dan pukul lagi sehingga betul2 kembang (adunan bertanduk).
  3. Masukkan kuning telur dan esen vanila. Pukul lagi sehingga sebati.
  4. Masukkan santan, susu cair, esen pandan dan pewarna hijau. Pukul sebentar sehingga rata.
  5. Masukkan pula tepung yang telah diayak sedikit demi sedikit sampai habis. Gunakan kaedah kaup balik. Gaul sehingga sebati.
  6. Masukkan adunan dalam loyang yang sesuai yang dilapik dengan kertas minyak terlebih dahulu.
  7. Pastikan air kukusan mendidih dahulu ketika meletakkan adunan kek untuk dikukus.
  8. Kukus menggunakan api sederhana lebih kurang 45 minit atau sehingga masak.

Nota:

  • Tutup adunan kek dengan aluminium foil sebelum dikukus @ balut penutup kukus dengan kain supaya air kukusan tidak menitis ke atas kek.
  • Sukatan yang saya guna ni tidak terlalu manis. Jadi sesiapa yang suka kek yang sedikit manis boleh tambah sukatan gula 2 @ 3 sudu besar.

Ok dah siap dah.. Resepi yang patut, harus dan wajib korang cuba kalau nak makan kek pandan yang lembut dah gebu.

kek pandan kukus kek pandan kukus kek pandan kukus kek pandan kukus


Nak resepi lagi?

Tengok senarai video resepi dibawah ini. Kami akan tambah koleksi video resepi yang menarik dari semasa ke semasa. Follow blog dan subscribe channel youtube kami untuk dapatkan resepi yang terkini.

8 Comments »

  1. Hi. Sy ada try tp kek jd keras. Dlm list mentioned tepung gandum 2 cup + baking powder + soda. Tp dlm youtube video mention 2 cup self raising flour. Sy buat 2 ikut youtube you tp kek jd mcm bingka. Kat mana i buat silap ye?

    • Actually sama je. Self raising flour dh ada serbuk penaik. So tak perlu tambah lagi. Mungkin sebab tak cukup pukul.

Leave a Reply