Pai Epal (Apple Pie) 

Assalamualaikum. Hari ni saya nak cuba buat pai epal pulak. Sebelum ni saya tak pernah buat epal pai. Bila tengok resepi macam senang je. So saya pun cuba la buat. Sebenarnya saya nak cuba buat epal pai ni sebab dimintak oleh anak saya. Dia tak tahu pun rasa epal pai ni macam mana sebab tak pernah makan pun. Tapi dia mintak saya buatkan epal pai ni sebab dia tengok lagu “3 little kitten”. Siapa yang ada anak kecil yang suka tengok lagu kanak-kanak mesti tau lagu ni. Lagu kitten makan pai.

Haha.. Sebab asyik tengok lagu tu dia pun mintak epal pai. Setiap kali nak buat kuih lain atau kek mesti dia tanya saya nak buat epal pai ke.. Hehe.. Kesian pulak dia asyik mintak. So saya buatkan la jugak. Tengok resepi pun mudah je..

Epal pai ni saya buat dalam bekas kecil – kecil. Senang nak makan. Kalau korang nak buat sebijik dalam bekas besar pun boleh jugak. Kat bawah ni saya ada kongsikan video cara nak buat epal pai ni. Korang boleh la tengok dulu sebelum buat epal pai ni ok.. ?

Inti Epal

  • 4 biji epal hijau
  • 80 gram gula perang
  • 1/2 sudu kecil serbuk kayu manis
  • Secubit garam
  • 2 sudu besar butter
  • 1 sudu besar tepung jagung (bancuh dengan sedikit air)

Pastry

  1. 300 gram tepung gandum
  2. 120 gram butter sejuk (keluar dari peti) – potong kecil
  3. 40 gram shortening
  4. 1 sudu besar gula halus
  5. 1/4 sudu kecil garam
  6.  7-8 sudu besar air sejuk
  7. 1 biji telur (untuk disapu) – pukul sedikit

Cara masak inti

  1. Cairkan butter. Masukkan gula perang. Kacau sebentar.
  2. Masukkan epal, garam dan serbuk kayu manis. Kacau sebentar dan biarkan sehingga mendidih.
  3. Masukkan air bancuhan tepung jagung. Kacau dan masak sehingga epal lembut.

Cara membuat pastry:-

  1. Campurkan kesemua bahan kecuali air. Gaul-gaulkan sehingga menjadi seperti serbuk roti.
  2. Masukkan air sedikit demi sedikit dan uli sehingga menjadi doh (tepung tak melekat kat tangan).
  3. Canai doh lebih kurang setebal 5mm. Masukkan ke dalam acuan pai.
  4. Masukkan inti epal je dalam acuan. Kemudian lapiskan lagi 1 lapisan pastry ke atas pai. Kemaskan sekeliling pastry supaya inti epal tidak melimpah keluar.
  5. Sapukan telur ke atas pastry.
  6. Bakar doh pada suhu 220°c selama 15 minit. Kemudian turunkan suhu kepada 190°c dan bakar lagi selama 40-45 minit.

Siap… Sedap di makan masa panas @ sejuk.. ??

pai epal pai epal


Nak resepi lagi?

Tengok senarai video resepi dibawah ini. Kami akan tambah koleksi video resepi yang menarik dari semasa ke semasa. Follow blog dan subscribe channel youtube kami untuk dapatkan resepi yang terkini.

Leave a Reply