Ikan Siakap 3 rasa ala Thai

Assalamualaikum. Antara menu wajib setiap kali ke restoran untuk makan besar bersama keluarga ialah ikan siakap 3 rasa. Memang menu ni menjadi kegemaran kami sekeluarga. Rasanya ramai lagi yang memang sukakan masakan ikan siakap 3 rasa ni kan? Memang sedap. Kalau seekor ikan size sederhana cukup untuk makan 2 orang je. Hehe.. Dan harganya pulak boleh tahan mahal di sesetengah restoran. Jadi, saya pun mencuba sendiri masakan ni di rumah supaya bole makan selalu dengan harga yang murah. ?

Selain bahan-bahan kat bawah ni, korang boleh tambah bahan lain seperti nenas atau mix vegetable dan sebagainya untuk menyedapkan lagi rasa ikan ni. Yang penting, kena seimbangkan rasa masam, manis dan masin tu. Baru la ada 3 rasa. Boleh tambah bahan-bahan kat bawah ni mengikut citarasa masing-masing. Sebelum tu, enjoy video yang saya sediakan kat bawah ni ok.. ??

Bahan-bahan untuk Ikan Siakap 3 Rasa

Bahan Cincang Halus:

  • 3-4 ulas bawang merah
  • 3 ulas bawang putih
  • 2 cm halia muda
  • 1 biji cili merah

Bahan Dihiris Halus:

  • 1 kuntum bunga kantan (kecil)
  • 3 helai daun limau purut
  • 5 biji cili padi (boleh tambah @ kurangkan)

Bahan-Bahan Sos:

  • 1 sudu besar sos tomato
  • 2 sudu besar sos cili
  • 2 sudu besar sos ikan
  • 2 sudu besar gula pasir
  • 1 sudu besar jus limau nipis/lemon
  • 1 sudu kecil kicap manis

Bahan-bahan lain:

  • 1 ekor ikan siakap
  • Tepung jagung
  • Garam
  • 2 sudu besar cili kisar
  • 1/2 cawan air
  • 1 biji tomato (potong dadu)

Cara-cara:

  1. Bersihkan ikan dan toskan. Lumur ikan dengan garam dan tepung jagung secukupnya. Perap seketika.
  2. Goreng ikan sehingga garing. Letakkan ikan yang telah masak ke dalam pinggan besar.
  3. Untuk kuah, tumiskan semua bahan yang di cincang halus sehingga bau.
  4. Masukkan cili kisar dan tumis sehingga cili agak masak. Kemudian, masukkan semua bahan-bahan sos. Kacau rata.
  5. Setelah mendidih, masukkan pula bahan-bahan hiris, air dan garam secukup rasa. Seimbangkan rasa.
  6. Masak hingga kuah pekat sedikit. Akhir sekali masukkan tomato. Kacau sebentar dan tutup api.
  7. Tuangkan kuah ke atas ikan yang telah digoreng tadi.

ikan siakap 3 rasa

ikan siakap 3 rasa


Nak resepi lagi?

Tengok senarai video resepi dibawah ini. Kami akan tambah koleksi video resepi yang menarik dari semasa ke semasa. Follow blog dan subscribe channel youtube kami untuk dapatkan resepi yang terkini.

6 Comments »

Leave a Reply