Daging Masak Lada Hitam (Black Pepper) 

Assalamualaikum. Hujung minggu ni tak pergi jalan ke mana-mana. Cuma berehat di rumah bersama keluarga. Jadinya macam biasa sebagai ibu dan isteri, kita kena la sediakan makanan untuk keluarga. Mungkin ada jugak para suami yang ambil giliran untuk memasak. Untung jugakkan isteri boleh berehat. ?? Masakan tengah hari ni saya nak sediakan daging masak lada hitam. Dah lama rasanya tak makan daging black pepper ni. Masakan ni sedap di makan dengan nasi putih atau pun nasi goreng.

Selain daripada daging, korang boleh juga guna ayam untuk buat masak black pepper ni. Resepi ayam masak black pepper pernah saya kongsikan sebelum ni. Boleh tengok resepinya disini. Tapi tak ada video. Untuk resepi daging masak black pepper kali ni, saya sediakan video sekali. Boleh tengok dulu video kat bawah ni ok.. ??

daging black pepper

Bahan-bahan Daging masak lada hitam:

  • 200 gram daging lembu (potong kecil dan nipis)
  • 2 sudu besar sos lada hitam
  • 3 biji bawang merah (ditumbuk)
  • 2 ulas bawang putih (ditumbuk)
  • 1 inci halia (ditumbuk)
  • 1 sudu besar serbuk lada hitam
  • 1 sudu besar kicap manis
  • 1 sudu besar tepung jagung (bancuh dengan 1 cawan air)
  • 1/2 biji bawang holland (hiris kasar)
  • 1 biji tomato (potong 6)
  • Garam

Cara-cara :

  1. Gaulkan daging dengan sos lada hitam. Perap lebih kurang 30 minit.
  2. Tumis bawang merah, bawang putih dan halia sehingga naik bau.
  3. Masukkan daging yang telah diperap. Kacau sebentar.
  4. Kemudian masukkan serbuk lada hitam. Goreng sehingga daging lembut.
  5. Masukkan bancuhan tepung jagung. Tambahkan air jika perlu untuk melembutkan lagi daging.
  6. Masukkan kicap dan perasakan dengan garam secukupnya.
  7. Masukkan bawang holland. Kacau sehingga bawang layu.
  8. Masukkan pula tomato. Kacau sebentar dan tutup api.

Nota:

  • Boleh tambah cili besar atau cili padi jika suka pedas.

daging masak lada hitam

daging masak lada hitam

daging masak lada hitam

daging masak lada hitam


Nak resepi lagi?

Tengok senarai video resepi dibawah ini. Kami akan tambah koleksi video resepi yang menarik dari semasa ke semasa. Follow blog dan subscribe channel youtube kami untuk dapatkan resepi yang terkini.

12 Comments »

    • Tak letak pn takpe. Just lebih kn sikit serbuk lada hitam. Nk lebih kn bahan lain pn boleh. Ikut selara sendiri.?

Leave a Reply