Kek Marble Gebu dan Mudah

Assalamualaikum. Kek yang tersangat senang dan confirm menjadi yang saya nak buat hari ni iaitu kek marble. Kek ni memang sangat lembut dan gebu walaupun tanpa menggunakan baking powder dan soda bikarbonat. Penggunaan ovelatte dalam kek ni yang akan menggebukan kek ni. Tapi still ok kalau nak guna tepung kek yang dah sedia ada serbuk penaik. 

Saya pernah kongsikan resepi kek marble kukus. Bole tengok resepinya disini. Kali ni saya buat kek marble bakar pulak dengan menggunakan oven. Belang-belang koko tu boleh digantikan dengan warna dan perisa lain seperti pandan atau strawberi ikut kesukaan memasing ok.

Ok jom tengok video cara nak buat kek ni ok.. Senang yang teramat sangat. Pada sesiapa yang baru nak belajar buat kek tu boleh cuba buat kek ni.

kek marble
Kek Marble
kek marble jelita
Kek Marble Jelita

Bahan-bahan Kek Marble:

  • 5 biji telur
  • 180 gram gula kaster
  • 220 gram tepung gandum
  • 2 sudu besar ovalette
  • 50 ml susu segar
  • 1 sudu kecil esen vanila
  • 150 gram butter (cairkan)
  • 2 sudu besar serbuk koko

Cara-cara :

  1. Masukkan kesemua bahan kecuali butter dan serbuk koko ke dalam mangkuk pengadun.
  2. Putarkan bahan-bahan tadi sehingga betul-betul gebu.
  3. Masukkan butter yang telah dicairkan. Gaul dengan menggunakan kaedah kaup balik.
  4. Bahagikan adunan kepada 2 bahagian dan masukkan koko ke dalam 1 bahagian adunan.
  5. Masukkan adunan ke dalam loyang secara berselang seli.
  6. Bakar pada suhu 160°C selama 45 minit.

kek marble

kek marble

kek marble


Nak resepi lagi?

Tengok senarai video resepi dibawah ini. Kami akan tambah koleksi video resepi yang menarik dari semasa ke semasa. Follow blog dan subscribe channel youtube kami untuk dapatkan resepi yang terkini.

18 Comments »

  1. Salam sis nazatul. Sy dh try buat mmg sedap. Cuma sy buat versi pandan. Tapi mendap n basah skit. Maybe sbb sy guna CECAIR perisa pandan n pewarna ke? Sbb resepi sis guna SERBUK coklat

    • Waalaikumussalam.. hehe.. alhamdulillah.. memang senang sgt kan buat kek ni. Dan senang nak jadi. ????

    • Waalaikumussalam. Mungkin tak cukup pukul kot. Kek ni dh letak ovalet. So tak perlu baking powder. Ovalet akan bantu kek naik n jd gebu.

Leave a Reply