Biskut Coklat Cip Rangup (Crunchy Chocolate Chip Cookies) 

Assalamualaikum. Ok hari ni saya nak kongsikan pula resepi biskut coklat cip (Chocolate chip cookies). Biskut ni bukan buat masa raya je ok. Masa tak raya pun boleh buat jugak sebab rasa dia yang sangat sedap dan rangup. Yang membuatkan biskut ni lagi sedap bila tambah kekacang yang pelbagai untuk merangupkannya. 

Resepi chocolate chip cookies ni saya ambil daripada page seorang adik yang bernama danish harraz di Facebook. Memang best-best resepi yang dia kongsikan. Kalau korang nak tengok lagi resepi dia yang lain boleh search nama dia kat Facebook ataupun Instagram. Memang kagum tengok dia masak macam-macam dengan umur yang sangat muda.

Ok berbalik kepada biskut ni, dalam resepi ni saya ada tambah kacang pecan selain kacang badam. Badam pulak saya guna badam yang nipis tu sebab kebetulan tu je yang ada kat rumah. Badam cincang dah habis pulak. Hehe.. Kacang pecan tu pulak saja saya tambah sebab dah lama beli tapi tak habis-habis lagi. So saya tambahkan je dalam biskut ni. Sedap pun sedap. Sebenarnya nak tambah kacang apa pun boleh. Ikut la kesukaan masing-masing ok..? Then kalau nak dapatkan biskut yang super sedap, gunakan pure butter. Memang agak mahal harganya tapi memang berbaloi dengan rasa yang sedap. Tapi kalau guna butter yang biasa pun boleh jugak. Cuma ada sikit perbezaan rasanya.

Ok kat bawah ni ada video cara nak buat biskut coklat cip yang rangup dan sedap. Boleh tengok dulu ok..??

Bahan-bahan untuk biskut coklat cip:

  • 250 gram butter (suhu bilik)
  • 300 gram gula perang
  • 380 gram tepung gandum
  • 2 biji telur
  • 1 sudu teh baking soda
  • 1 sudu teh baking powder
  • 3 sudu teh esen vanila
  • 300 gram chocolate chips atau cooking chocolate yang dicincang
  • 100 gram badam cincang (dibakar)
  • 50 gram kacang pecan (dibakar)

Cara-cara:

  1. Ayak tepung bersama baking powder dan baking soda, ketepikan.
  2. Pukul butter bersama gula hingga rata. Kemudian masukkan telur diikuti dengan esen vanila.
  3. Masukkan pula badam dan pecan. Gaul rata.
  4. Masukkan bahan kering yang telah diayak tadi sedikit demi sedikit dan kacau hingga adunan sebati.
  5. Kemudian masukkan coklat cip dah gaul rata. (boleh simpan adunan sekejap di dalam peti ais untuk mengelakkan biskut kembang berlebihan semasa membakar).
  6. Sudukan adunan ke atas loyang pembakar yang telah dialas dengan baking paper.
  7. Bakar selama 10-12 minit (bergantung kepada saiz biskut) pada suhu 160°c (panaskan oven dulu).
  8. Biarkan biskut sejuk sebentar sebelum di simpan di dalam bekas kedap udara.

Ok dah siap.. Wajib buat biskut ni masa raya nanti ok.. Masa tak raya pun boleh buat banyak-banyak sebab sedap sangat. ??

biskut coklat cipbiskut coklat cipbiskut coklat cipbiskut coklat cip


Nak resepi lagi?

Tengok senarai video resepi dibawah ini. Kami akan tambah koleksi video resepi yang menarik dari semasa ke semasa. Follow blog dan subscribe channel youtube kami untuk dapatkan resepi yang terkini.

Join telegram kami

Join channel telegram kami untuk mendapatkan notifikasi video dan juga blog yg terbaru. Klik link ini https://t.me/buatoranglapo

Join Telegram@buatoranglapo

94 Comments »

    • Waalaikumussalam. Boleh. Klu nk tambah Koko, kurangkan tepung pd sukatan yg sama dgn Koko yg ditambah.

  1. assalam kak nazatul. saya student, saya try la nak buat bisnes cookies bulan 6 tahun lepas. Alhamdulillah order bertambah dengan resepi ni, saya nak mintak halal saya guna resepi ni. terima kasih sebab dah tolong saya ringankan bebas mak ayah saya. semoga Allah SWT balas jasa baik kak dunia akhirat. terima kasih

    • Waalaikumussalam. Alhamdulillah. Sama2. In Sha Allah aamiin. Semoga rezeki awk pun makin bertambah. ?

    • Kalau size besar, mungkin ambil masa yang lebih lama nak garing. Boleh try simpan adunan dalam peti ais sebelum bakar.

    • Mungkin sebab dorg tak letak butter. So dorg gantikan butter dgn minyak. Atau dorg letak butter sikit je. Sy guna butter, so tak perlu letak minyak.

    • Waalaikumussalam. Takde ? awk Google je. Selalu sy pn Google je. Part tepung boleh masukkan sikit2 sampai adunan bole di uli.

  2. Salam sis,sy tjumpa resepi sis…sy da buat n hasil nye Mmg x mengecewakn..halalkn sy gune resepi ne utk ari raye ne…n share ngan org laen ye..teme kasih byk2…jasamu sgt dihargai..sy doakn rzki sis n keluarga dimurahkn lg hndakNya..Aamin

    • Waalaikumussalam.. alhamdulillah Seronok dgr kalau org buat menjadi n sedap. ?? Terima kasih sudi mencuba n doakan kami. Insya Allah aamiin TQ ??

  3. Assalamualaikum sis .. sorry nak tanya..klau kita guna penimbang digital , msti kita kna timbng skli bks dia kn..cntohnya : sya nk guna tpung gndum sbnyk 380grm..nk tmbng tpung gndum msti kna ltk dlm bks kn..n pnimbng tu msti amik kira bert bks jga..n brt msti jdi lbih dri 380grm..so mcm mna tu sis ??

    • waalaikumussalam. selalunya penimbang digital ni ade tare mode. tare tu maksudnya, bile kita letak bekas atau mangkuk. kita tekan tare mode. berat tu akan terus bertukar jadi 0 gram. so tinggal letak bahan ikut sukatan je la. kalau nak pasti lagi boleh google.

    • yes. apa saja yg menggunakan oven kita mesti panaskan oven terlebih dahulu. ikut suhu yg kita akan bakar dan panaskan dalam 10 minit.

    • Waalaikumussalam.. mungkin kurang bakar kot. Bakar tu actually depends on oven jugak. Then ke tunggu sejuk baru rangup.

  4. Assalam sis, huhuhuhu nak try buat. nmpak sedapp, sya mintak halal yaa guna resepi sis 😉 thankss hehehehe. sya nak tnya badam dengan kacang pecan tu nak roast berapa lama yaa?

    • Waalaikumusalam. Boleh jugak guna gula kastor. Tp rasa die lain sikit la. Butter cair takut adunan jd lembik sgt.

  5. Assalamualaikum sis…maaf..saya syahirah…saya nak mintak copy resepi cookies choc chip sis boleh ye?…sy da try resepi sis..mmg menjadi..dan ramai mintak buat dan jual cookies tu…sebab sedap..harapnya sis halalkan resepi untuk sy menjual kecil kecilan ??

Leave a Reply