Aglio Olio bersama Udang 

Assalamualaikum. Aglio olio ni adalah pasta tradisional Italy yang bermaksud bawang putih dan minyak. Jadi dua bahan ni adalah bahan wajib untuk membuat aglio olio. Jangan skip pulak ye. Nanti tak jadi aglio olio. Hehe. Ada jugak beberapa penambahan bahan lain seperti cili dan daun parsli untuk menambah kesedapan aglio olio ni. Tapi resepi yang saya kongsikan ni tak tradisional sangat la sebab ada tambah lagi bahan yang lain. Hehe..

Aglio olio kali ni saya buat pakai udang. Selain udang, boleh jugak guna makanan laut yang lain. Resepi ni memang sangat simple dan senang nak buat. Kalau makan kat kedai mahal jugak harganya. Lebih baik buat sendiri. Boleh makan puas-puas dan tambah apa-apa bahan yang kita suka.. ??

Sebelum tu boleh tengok dulu video kat bawah ni ok.. Mesti terliur lepas tengok nanti. Hehe..

Bahan-bahan Aglio Olio:

  • 100gram spegati
  • Sedikit minyak zaitun
  • 4 ulas bawang putih (dicincang)
  • 2-3 tangkai cili kering
  • 6-8 ekor udang
  • 1 sudu besar cili flakes
  • Garam
  • Oregano
  • Serbuk lada hitam
  • Daun parsli
  • Tomato ceri (potong 2)
  • Parmesan cheese (untuk hiasan)

Cara-cara :

  1. Panaskan air dan rebus spegati bersama sedikit garam dan minyak sehingga lembut. Tos dan Ketepikan.
  2. Panaskan sedikit minyak zaitun. Masukkan bawang putih. Tumis sehingga naik bau.
  3. Masukkan cili kering. Kacau sekejap.
  4. Masukkan udang. Tambahkan sedikit air. Kacau sehingga udang masak.
  5. Masukkan spegati. Tambahkan garam, serbuk lada hitam dan serbuk oregano secukupnya. Kacau rata.
  6. Masukkan daun parsli dan tomato. Kacau sebentar dan tutup api.
  7. Taburkan parmesan cheese di atas aglio olio untuk dihidangkan.

aglio olio

https://register.kl-marathon.com/2018/scklm18/RegScklm18/merchandise_collection_summary

aglio olio

aglio olio


Nak resepi lagi?

Tengok senarai video resepi dibawah ini. Kami akan tambah koleksi video resepi yang menarik dari semasa ke semasa. Follow blog dan subscribe channel youtube kami untuk dapatkan resepi yang terkini.

Leave a Reply