Roti Puri

Assalamualaikum. Hari ni saya nak kongsikan resepi yang simple dan sedap. Mungkin korang selalu jumpa roti puri ni kat kedai mamak kan.. Hari ni saya nak tunjukkan cara macam mana nak buat roti puri ni. Memang sangat-sangat senang nak buatnya. Makan panas-panas lagi sedap. 1 adunan ni cukup untuk makan 2@3 orang je kalau tengah panas-panas tu. Sedap dan rangup. Kena pulak dengan sambal. Perghh!! Memang tak pandang kiri kanan dah. Hehe.. Makan dengan kuah kari pekat pun sedap. Kali ni saya buat sambal sardin sebagai pencicah roti puri ni.

Kalau nak tahu macam mana cara nak buat roti puri ni jadi kembang bulat comel tu, boleh tengok video kat bawah ni ok..

roti puri
Roti Puri menggunakan Yis
roti puri tanpa yis
Versi Roti Puri tanpa menggunakan Yis

Bahan-bahan Roti Puri:

  • 2 cawan tepung gandum
  • 1 sudu teh yis
  • 3 sudu besar minyak masak
  • 2 sudu teh gula
  • 1/2 sudu teh garam
  • 3/4 cawan air suam

Cara-cara :

  1. Gaulkan tepung gandum, yis, garam, gula, minyak masak.
  2. Masukkan air suam sedikit demi sedikit. Gaul rata. Uli sampai adunan tidak lekat ditangan. (tambah sedikit air/tepung jika perlu)
  3. Perap selama 15 minit.
  4. Setelah adunan kembang, bulat-bulatkan adunan. Lenyekkan dengan penggelek.
  5. Panaskan minyak yang banyak. Masukkan adunan ke dalam minyak dan siram minyak atas adunan (atau tenggelamkan kesemuanya). Goreng sampai agak kekuningan.
  6. Angkat dan sedia untuk dimakan bersama sambal atau kari.

Nota:

  • Goreng satu per satu supaya lebih senang.

roti puri

roti puri

roti puri

roti puri


Nak resepi lagi?

Tengok senarai video resepi dibawah ini. Kami akan tambah koleksi video resepi yang menarik dari semasa ke semasa. Follow blog dan subscribe channel youtube kami untuk dapatkan resepi yang terkini.

12 Comments »

  1. Ohhh ok2 faham dah..nnt saya try buat lagi sekali. Terima kasih sis sudi kongsi resepi dgn video yg senang faham utk kami..saya pun ada follow sis di instagram???… semoga sis mendapat pahala??
    Sis tahu tak buat nasi impit? Buat satu video ya???

    • Alhamdulillah sama2.. ?? instagram jarang2 update. Hehe.. Byk update kat Facebook dan YouTube. Bole follow kat situ jugak. Semua atas nama buat orang lapo. Terima kasih byk2 follow sis ye??

    • Nasi impit selalu sis letak dlm Plastik. Letak beras separuh. Then lubang2kan plastik tu guna garfu. Tu je.. Hehe. Kalau nak keras sikit nasik impit tu letak la lebih sikit drp separuh tu.

    • Maaf ya, saya mmg kurang faham n pandai klu nk buat sesuatu tu klu ckp je hahahaha, maklum lah urat byk putus tk blh tangkap… takut terbuat salah je???… mak mertua ajar buat kuih muih pun saya kena tgk cara2 dia buat baru blh faham. Klu tak, asyik tk jadi je sis. Menarik jgk dgr sis punya buat dlm plastik. Plssss sis buat demo???

  2. Assalam sis…hai sis, saya dah try sis punya resepi roti puri ni. Tapi nak tanya, knp roti puri kita klu goreng tk cantik mcm sis punya ya?sis punya licin je kulit nya, saya punya menggerutu byk jerawat tumbuh???… apa silap saya ya? Apa tips nya klu nk roti puri tu nampak cantik licin ya? Ohhh ya api nya mcm mana ya masa goreng tu? Harap sis dpt bantu saya?
    Terima kasih

Leave a Reply