Puding Laici

Assalamualaikum. Jom kita buat pencuci mulut yang simple dan senang untuk berbuka puasa ni. Puding laici yang sejuk dan sedap lagi lazat. Hehe.. Dah tak payah nak beli lagi mahal-mahal kat bazaar ramadhan. Makan pun puas hati sebab dapat banyak. Jom tengok resepi kat bawah ni.

Bahan-bahan puding laici:

  • 8 gm serbuk agar-agar (1 paket)
  • 3 cawan air
  • 1 tin laici (asingkan air dan buah)
  • 3/4 gula
  • 1 tin susu cair

Cara-cara :

  1. Masukkan air dan serbuk agar-agar ke dalam periuk. Masak sehingga serbuk agar-agar hancur.
  2. Masukkan gula. Kacau sehingga gula hancur dan sebati.
  3. Tambahkan pulak susu cair dan air laici. Tunggu sehingga menggelegak.
  4. Masukkan buah laici (carik-carikkan terlebih dahulu). Kacau sebentar dan tutup api.
  5. Tuang ke dalam loyang atau bekas yang sesuai.
  6. Masukkan ke dalam peti ais sehingga keras.

puding laici

puding laici

puding laici

Ok dah siap dah. Makan sejuk-sejuk masa bulan puasa ni memang menyelerakan. Sambil makan tu jom tengok YouTube channel kami kat https://www.youtube.com/buatoranglapo untuk dapatkan lagi banyak resepi-resepi terbaru dan sedap daripada kami. ☺☺


Nak resepi lagi?

Tengok senarai video resepi dibawah ini. Kami akan tambah koleksi video resepi yang menarik dari semasa ke semasa. Follow blog dan subscribe channel youtube kami untuk dapatkan resepi yang terkini.

Advertisements

Comments

comments

Leave a Reply