Ayam Pongteh Masakan Baba Nyonya

Assalamualaikum. Hari ni saya nak cuba masak masakan baba nyonya pulak iaitu resepi ayam pongteh. Pertama kali sebenarnya saya cuba masakan baba nyonya ni. Selalu masakan melayu dan barat je yang banyak saya buat. Hari ni nak cuba rasa masakan lain pulak. Resepi ni saya ambil daripada The Sisters kat blog sistercookingproject2.blogspot.my. Boleh refer blog ni untuk resepi asal. Memang banyak resepi-resepi yang best daripada blog ni. Katanya dia belajar resepi ni daripada kawannya.

Sesiapa yang pernah makan ayam pongteh ni mesti tau kesedapannya. Pertama kali saya cuba masakan ni terus minat sebab sedap sangat. Rasanya ala-ala ayam masak kicap tapi kelainannya ade tambah taucu. Sedap tau. Rugi tak cuba. Cara nak masaknya pun senang je. Boleh tengok video kat bawah ni untuk tutorial masak ayam pongteh ni ok..

Bahan-bahan untuk Ayam Pongteh:

  • Ayam (potong sedikit kecil)
  • Ubi Kentang (potong kiub)
  • 3 ulas Bawang Putih (tumbuk)
  • 1/2 inci Halia (tumbuk)
  • 1 biji Bawang Besar (hiris bulat)
  • 2 sudu besar Taucu (kacang masin)
  • Air secukupnya
  • Kicap Manis secukupnya
  • Lada Hijau dan Merah (belah)

Cara-cara :

  1. Tumiskan bawang putih dan halia sehingga naik bau.
  2. Masukkan taucu. Kacau sebentar.
  3. Kemudian masukkan ayam dan ubi kentang. Biarkan sampai air ayam tu kering dan semuanya nampak tergoreng.
  4. Masukkan bawang besar. Biarkan bawang sedikit layu.
  5. Kemudian masukkan air. Tutup kuali sebentar dan biarkan sehingga ayam dan ubi kentang betul-betul masak dan lembut.
  6. Akhir sekali masukkan kicap manis secukupnya dan juga lada hijau dan merah.

Nota:

  • Tak perlu tambah garam sebab taucu dah masin.

ayam pongtehayam pongtehayam pongteh


Nak resepi lagi?

Tengok senarai video resepi dibawah ini. Kami akan tambah koleksi video resepi yang menarik dari semasa ke semasa. Follow blog dan subscribe channel youtube kami untuk dapatkan resepi yang terkini.

Leave a Reply