Kari Ayam Tanpa Santan

Assalamualaikum. Hari ni saya nak kongsikan pula resepi kari ayam yang tak perlu menggunakan santan. Ni resepi mak mertua saya. Resepi kari ni resepi special kat warung dia. Ada pelanggan yang datang dari jauh semata-mata nak makan kari ni. Ada jugak yang hari – hari datang makan kari tanpa jemu. Hehe. Ada secret ingredient dalam masakan kari ayam mak mertua saya ni. Kalau nak tau boleh tengok resepi kat bawah.

Resepi kari tanpa santan ni macam kari mamak la tapi versi mak mertua saya ni lagi sedap. Hehe.. Sebab dia tak rasa terlalu masam macam kari mamak. Kalau buat sendiri ni boleh la kita adjust sendiri setakat mana masam, manis dan masin yang kita suka. Kari ni walaupun tak guna santan, tapi dia tetap pekat sama macam kita guna santan. Lagi pun lebih bagus masak tanpa santan ni sebab lebih sihat.

Kat bawah ni saya share tutorial masak kari tanpa santan. Jom tengok dulu video ni sebelum mencuba. ??

Bahan-bahan untuk Kari Ayam :

  • 6-8 Ketul Ayam
  • 1 Biji Bawang Besar (tumbuk)
  • 3 Ulas Bawang Putih (tumbuk)
  • 1/2 Inci Halia (tumbuk)
  • 1 Kulit Kayu Manis
  • 1 Bunga Lawang
  • 2 Buah Pelaga
  • 1 Pelepah Daun Kari
  • 5 Sudu Besar Serbuk Kari (Campurkan dengan sedikit air)
  • 2 Cawan Air
  • 1 Biji Kentang
  • Garam
  • Gula
  • Sedikit Air Limau Kasturi
  • 1 Sudu Besar Sos Tiram

Cara-cara :

  1. Tumiskan bawang putih, bawang besar, halia, daun kari, kulit kayu manis, buah pelaga dan bunga lawang sehingga naik bau.
  2. Masukkan serbuk kari yang telah dibancuh dengan air. Kacau sehingga pecah minyak.
  3. Masukkan ayam. Kacau sebentar.
  4. Masukkan air dan kentang. Biarkan sebentar.
  5. Tambahkan garam, gula dan air limau secukup rasa. Masukkan juga sos tiram. Seimbangkan rasa.
  6. Masak sehingga kentang lembut.

Nota :

  • Boleh tambah serbuk kari kalau nak lagi pekat.

kari ayamkari ayamkari ayam


Nak resepi lagi?

Tengok senarai video resepi dibawah ini. Kami akan tambah koleksi video resepi yang menarik dari semasa ke semasa. Follow blog dan subscribe channel youtube kami untuk dapatkan resepi yang terkini.

10 Comments »

Leave a Reply