Roti Golok

Assalamualaikum. Beberapa bulan lepas rasanya roti golok ni menjadi viral di Facebook. Tapi saya baru nak mencubanya. Hehe.. Katanya roti ni dinamakan roti golok sebab berasal dari Golok. Saya tak pernah pergi golok. Jadi saya pun tak tau pasal asal usul roti golok ni. Tau makan je la. Hehe.

Resepi roti golok ni sama macam roti biasa jugak. Cuma atasnya disapu dengan butter yang banyak dan di tabur gula. Lagi banyak butter lagi sedap. Saya sapukan dengan pure butter (mentega asli) untuk dapatkan rasa yang lebih sedap.

Untuk mendapatkan roti yang lembut, doh perlu di uli lama. Lagi lama uli, lagi lembut roti ni. Tapi tak perlu uli berterusan. Boleh rehatkan doh sekejap lebih kurang 5 minit sebelum menguli lagi. Sambil rehatkan doh tu boleh rehatkan tangan sekali. Hehe. Uli sampai doh tak melekat di tangan. Kalau ada mesin penguli ataupun bread maker memang lagi senang la kerja menguli ni.

OK jom layan dulu video best kat bawah ni supaya lebih senang nak faham cara-cara nak buat roti golok yang sedap, lembut dan gebu ni.

Bahan-bahan untuk Roti golok

Bahan A:

  • 1 cawan air suam
  • 1 sudu besar susu pekat
  • 4 sudu besar gula
  • 2 sudu besar yis (1 peket)

Bahan B:

  • 4 cawan tepung roti @ tepung high protein @ tepung gandum
  • 1 sudu kecil pelembut roti
  • 2 sudu besar mentega
  • 1 biji telur
  • 1 sudu besar susu tepung (optional)

Cara-cara:

  1. Bancuh bahan A dan biarkan sampai kembang atau berbuih naik. (lebih kurang 15-20 minit)
  2. Campurkan ke semua bahan B ke dalam mangkuk besar. Gaul rata sehingga menjadi seperti serbuk roti.
  3. Tuang bahan A ke dalam bahan B. Uli sampai elastik dan tidak melekat di tangan. Lagi lama uli roti akan jadi lagi lembut.
  4. Rehatkan doh selama lebih kurang 1 jam @ naik 2 kali ganda.
  5. Timbang doh 20 gm setiap satu sebanyak 3 untuk sebiji roti. Buat memanjang dan pintal-pintal.
  6. Susun dlm loyang. Letak jarak-jarak kerana doh akan mengembang lagi.
  7. Rehatkan lagi selama 1/2 jam atau sampai naik dua kali ganda.
  8. Sementara tu panaskan oven. Bakar pada suhu 180°c selama 20-25 minit atau sehingga keperangan.
  9. Apabila roti sejuk, sapukan butter dan taburkan gula halus mengikut citarasa masing-masing.

Nota :

  • Adunan roti ini juga boleh digunakan untuk membuat roti lain seperti roti cheese, roti Sosej dan sebagainya.

roti golok

roti golok

roti golok

Nak resepi lagi?

Tengok senarai video resepi dibawah ini. Kami akan tambah koleksi video resepi yang menarik dari semasa ke semasa. Follow blog dan subscribe channel youtube kami untuk dapatkan resepi yang terkini.

Leave a Reply