Tart Shell | Kulit Tart Rangup

Assalamualaikum. Kali ni saya nak kongsikan resepi untuk membuat tart shell (kulit tart) yang sedap. Sebelum ni saya selalu beli je kulit tart ni dan buat cheesenya sendiri. Kali ni saya nak cuba buat sendiri sebab tengok bahan-bahan nak buat doh tu senang je. Cuma ambil masa sikit nak masukkan dalam acuan satu per satu. Tapi insya Allah hasilnya memuaskan. Hehe.

Saya menggunakan acuan berukuran 5.5cm. Adunan ni boleh dapat lebih kurang 25 biji tart. Bila dah tau cara nak buat kulit tart ni, senang la nak buat segala jenis tart nanti. Kulit tart ni boleh dibuat awal dan disimpan di dalam bekas kedap udara untuk tahan lebih lama. Next time saya akan pelbagai jenis tart dengan menggunakan kulit tart yang sedap ni. Jangan lupa selalu cek blog Buat Orang Lapo ye. Hehe..

UPDATE: Ini resepi cheese tart. Saya buah blueberry cheese tart dan juga chocolate cheese tart. Cuba la nanti.

Kalau nak tahu cara yang lebih senang buat kulit tart ni, boleh tengok dalam video kat bawah ni ok.. Lepas tu jangan lupa subscribe channel ye. Turn on notification sekali supaya tak terlepas resepi-resepi best Buat Orang Lapo.

Bahan-bahan untuk tart shell:

  • 100 gram mentega (salted)
  • 60 gram gula aising
  • 1 biji kuning telur
  • 1/2 sudu kecil esen vanila
  • 200 gram tepung gandum

Cara-cara :

  1. Putar mentega dengan gula sehingga sebati.
  2. Masukkan kuning telur dan esen vanilla. Putar lagi.
  3. Masukkan tepung dan gaul rata sehingga menjadi doh.
  4. Masukkan doh ke dalam acuan tart dan tekan untuk membentuk tart. Kemudian cucuk dengan garfu utk mengeluarkan udara.
  5. Bakar pada suhu 160c selama 20 minit atau sehingga sedikit keperangan.

tart shell

tart shelltart shell

Nak resepi lagi?

Tengok senarai video resepi dibawah ini. Kami akan tambah koleksi video resepi yang menarik dari semasa ke semasa. Follow blog dan subscribe channel youtube kami untuk dapatkan resepi yang terkini.

9 Comments »

    • Better letak butter d acuan. Tp kalau masih susah nk keluarkan, maybe belum cukup masak tart shell tu, masak lg dlm 8 minit, tray bawah.

    • Waalaikumussalam. Bukan margerine. Sy guna mentega. Mentega = butter. Buttercup salah satu jenis mentega masin (salted butter).

    • Waalaikumussalam. Dia mmg akan kembang sikit lepas bakar. Then dia akan turun semula. Sebab tu kena cucuk permukaannya. Utk keluarkan angin.

Leave a Reply