Biskut Cornflakes Rangup

Assalamualaikum. Hari ni saya baru berkesempatan nak update resepi biskut cornflakes yang rangup ni. Saya buat biskut ni masa raya haji hari tu. Maklumlah masa raya puasa hari tu tengah sarat mengandung. Tak larat nak buat biskut raya. Semuanya beli je. Raya haji ni alhamdulillah dah habis berpantang dan dah sihat. Saya pun buat la biskut cornflakes ni.

Biskut cornflakes ni memang biskut yang wajib saya buat setiap kali raya. Masa tak raya pun buat jugak. Hehe. Sebab anak-anak saya memang suka sangat makan biskut-biskut ni. Korang pun wajib cuba ye. Hehe.. Sebab biskut ni sangat rangup dan sedap. Kalau nak sedap lagi boleh gantikan tepung gandum dengan tepung rose (tepung cookies) dan tambah sedikit emplex untuk jadikan biskut ni lebih rangup.

Kalau nak tengok tutorial buat biskut ni boleh tengok dalam video kat bawah. Tapi dalam video ni saya tak letak emplex. Tak letak pun dah sedap dan rangup sebab ada tepung jagung yang merangupkan biskut ni. Jom tengok video dulu ok.. ??

Bahan-bahan untuk Biskut Cornflakes :

  • 1 3/4 cawan tepung gandum (@tepung cookies)
  • 1/4 cawan tepung jagung
  • 1/2 sudu kecil baking powder
  • 1/8 sudu kecil emplex (optional)
  • 150 gram cornflakes (ramas kasar)
  • 200 gram mentega
  • 3/4 cawan gula aising
  • 1 biji kuning telur (gred A)

Cara-cara :

  1. Pukul gula dan mentega sehingga kembang.
  2. Masukkan telur dan pukul lagi.
  3. Ayakkan tepung gandum, tepung jagung, baking powder dan emplex bersama. Kemudian masukkan ke dalam adunan yang dipukul tadi. Gaul sebati.
  4. Masukkan pula cornflakes. Gaul rata.
  5. Bulat-bulatkan adunan dan letak di atas loyang.
  6. Bakar pada suhu 160°C selama 15-20 minit di dalam oven yang telah dipanaskan terlebih dahulu.

Nota :

  • Boleh letakkan hiasan seperti ceri di atas biskut sebelum dibakar @ salutkan adunan dengan cornflakes yang diramas kasar.

biskut cornflakes

biskut cornflakes

Nak resepi lagi?

Tengok senarai video resepi dibawah ini. Kami akan tambah koleksi video resepi yang menarik dari semasa ke semasa. Follow blog dan subscribe channel youtube kami untuk dapatkan resepi yang terkini.

 

4 Comments »

    • Iye betul. Mcm doh. Mungkin tersalah sukatan atau overbeat. Boleh tmbh tepung sikit2 sambil uli sampai jd doh.

Leave a Reply