Honey BBQ Chicken (Ayam Madu BBQ) 

Assalamualaikum… Jom try buat honey bbq chicken pulak hari ni atau dalam bahasa melayu dia ayam madu bbq. Hehe.. Ni pertama kali saya buat ayam madu bbq ni. Sedap sangat hingga menjilat jari. Boleh kalah chicken wing kat domino's dan Pizza Hut tu kot. Haha. Resepi pun simple je. Mana yang dah ada anak tu, bolehla ajak dorang sekali buat ni. Mesti dorang seronok main masak-masak. Untung-untung dah besar nanti pandai masak boleh buka restoran. Hehe.. Atau pun sekurang-kurangnya boleh menyenangkan mak kat dapur nanti bila anak-anak semua dah pandai masak. Boleh la start belajar dengan menu-menu yang simple macam ni.

Untuk buat honey bbq chicken ni, saya guna chicken wings n drumettes saja. Nak guna bahagian lain pun boleh. Cuma bahagian kepak ni lebih sedap kalau diratah macam tu je. Hehe. Tapi kalau guna bahagian link yang lebih tebal isinya macam bahagian peha atau thigh, boleh bakar lama sikit sebab bahagian ni selalunya agak lambat untuk masak.

OK la jom tengok video kat bawah ni dulu sebelum mencuba resepi ayam madu BBQ ni. ?

Bahan-Bahan Ayam Madu BBQ:

Bahan A:

  • 1 cawan tepung gandum
  • 1 sudu kecil serbuk cili
  • 1 sudu kecil serbuk paprika
  • 1 sudu kecil serbuk lada hitam
  • 1 sudu kecil garam
  • 1 sudu kecil bawang putih (ditumbuk@guna serbuk)

Cara-cara:

  1. Gaul ke semua bahan A sehingga sebati.
  2. Salutkan ayam ke dalam tepung.
  3. Bakar selama 40 minit pada suhu 220°c. (terbalikkan ayam setelah 20 minit)

Bahan B:

  • 1/2 cawan madu
  • 1 cawan sos BBQ

Cara-cara:

  1. Gaul madu bersama sos BBQ.
  2. Salutkan ayam ke dalam sos.
  3. Bakar lagi selama 8-10 minit pada suhu 200°c.

ayam madu bbq

ayam madu bbq

ayam madu bbq


Nak resepi lagi?

Tengok senarai video resepi dibawah ini. Kami akan tambah koleksi video resepi yang menarik dari semasa ke semasa. Follow blog dan subscribe channel youtube kami untuk dapatkan resepi yang terkini.

3 Comments »

Leave a Reply