Apam Balik Sedap dan Gebu menggunakan Blender

Assalamualaikum.. Hari ni saya nak cuba buat apam balik pulak sebab favorite sangat apam balik ni. Resepi yang senang dan confirm jadi. Masa saya upload video apam balik di YouTube channel Buat Orang Lapo baru-baru ni, ramai yang cakap terliur sebab tengok cerita My Coffee Prince. Hehe. Saya tak pernah tengok cerita tu. So tak tahu la pulak apa kisah apam balik dalam cerita My Coffee Prince tu. Mungkin ramai yang minat cerita ni sebab hero dan heroinnya Fattah Amin dan Janna Nick kot. Hehe.. Disebabkan pengaruh cerita tu, ramai la yang teringin nak cuba buat sendiri. Hehe. So kepada peminat cerita My Coffee Prince, peminat Fattah Amin dan Janna Nick, dan jugak peminat tegar apam balik, boleh la cuba resepi apam balik yang saya share ni. Sure lepas ni tak cari dah apam balik kat luar. Hehe..

Adunan apam balik ni boleh dibanuh dengan menggunakan blender, mixer ataupun kacau dengan whisk. Kadang-kadang tu nak dapat apam balik yang sedap ikut citarasa kita susah jugakkan.. Ada yang kurang gula la, kurang kacang la, terlebih rasa soda la, terlalu kering la.. macam-macamkan. Bila buat sendiri ni, boleh la letak kacang, gula dan jagung sebanyak mana yang kita suka tanpa caj tambahan. Hehe.. Boleh jugak nak letak inti yang lain macam coklat rice, pulut hitam dan sebagainya macam apam balik yang di jual di luar tu.

Enjoy dulu video apam balik yang best kat bawah ni sebelum pergi dapur buat apam balik masing-masing. Haha..

apam balik

Bahan-bahan Apam Balik:

  • 1 1/2 Cawan Susu Segar
  • 1 Biji Telur
  • 1/4 Cawan Gula
  • Sedikit Pewarna Makanan Kuning
  • 2 Cawan Tepung Gandum
  • 1 sk Serbuk Penaik
  • 1 sk Soda Bikarbonat
  • 1/2 sk Garam
  • Kacang Tanah (kisar kasar)
  • Jagung Berkrim
  • Gula (untuk tabur)

Cara-cara:

  1. Masukkan susu segar, telur, gula dan perwarna ke dalam blender. Kisar sehingga gula hancur.
  2. Masukkan pula tepung, serbuk penaik, soda bikarbonat dan garam. Kisar lagi sehingga tepung sebati.
  3. Rehatkan adunan sebentar lebih kurang 30 minit.
  4. Panaskan kuali non-stick (tak perlu minyak). Masukkan 1@2 senduk adunan ke dalam kuali ikut ketebalan yang disukai.
  5. Bila adunan telah mula berbuih, taburkan gula. Biarkan sebentar sehingga adunan sedikit kering.
  6. Kemudian taburkan kacang tanah dan jagung. Apabila sudah keperangan, boleh lipat dua dan angkat.
  7. Sapukan marjerin pada apam balik semasa panas dan sedia untuk dimakan.

Nota:

  • Jika guna kuali biasa, boleh sapukan kuali dengan minyak dan lapkan sedikit dengan tisu supaya adunan tidak melekat.
  • Masak menggunakan api kecil.
  • Kacang tanah disangai (goreng tanpa minyak) dahulu sebelum dikisar.

apam balikapam balikapam balikapam balik


Nak resepi lagi?

Tengok senarai video resepi dibawah ini. Kami akan tambah koleksi video resepi yang menarik dari semasa ke semasa. Follow blog dan subscribe channel youtube kami untuk dapatkan resepi yang terkini.

Leave a Reply