Bingka Roti Pandan Menggunakan Blender

Assalamualaikum.. Hari ni saya nak cuba buat kuih tradisional pula iaitu kuih bingka roti pandan. Dulu masa kecik-kecik memang saya suka sangat kuih bingka ni. Mak saya selalu buat untuk dijual. Mak saya memang suka buat kuih untuk jualan. Selalunya dia letak kuih muih di kedai-kedai sekitar kampung. Dari dulu sampai sekarang memang itu la hobi dia. Hehe.. Hobi yang boleh dijadikan pendapatan sambil mambantu meningkatkan ekonomi keluarga kami masa dulu-dulu. Skima pulak ayat ni rasanya. Haha.. Tapi mak saya memang pandai berbisnes. Daripada kecil-kecilan sampai besar-besaran. Hehe.. Sampai sekarang pun mak saya masih lagi buat kuih muih tradisional walaupun sebenarnya dia bukan buat untuk cari duit. Tapi sebab minat yang teramat sangat dengan bisnes, mak saya tetap meneruskan hobi dia. Tambah pulak 1 kampung dah kenal dan tahu kesedapan kuih muih mak saya tu. Tu yang buat mak lagi seronok nak jual kuih bila dia dapat mengembirakan pembeli-pembeli kuih dia. Hehe.. Panjang lagi kalau nak cerita pasal mak saya punya kuih ni, tapi kita back to the recipe la ye. Hehe..

Actually resepi ni bukan resepi mak saya pun. Hehe.. Sebabnya mak saya selalu buat bingka putih biasa. Yang saya buat ni bingka perisa pandan. Resepi yang saya ambil daripada blog sisterscookingproject2. Boleh tengok original resepinya kat sini http://sisterscookingproject2.blogspot.my. Tq tuan punya resepi yang sangat best dan awesome.. Resepi bingka roti pandan ni sangat simple. Boleh buat guna blender je. Kalau taknak guna blender, boleh jugak pukul macam biasa guna whisk. Janji adunannya sebati.

Jom tengok video kat bawah ni yang saya buat untuk lebih senang nak faham cara-cara nak buat bingka roti pandan yang sedap dan lazat. Lepas tengok video ni mesti rasa terus nak buat bingka ni. Haha..

bingka roti menggunakan blender

Bahan-bahan untuk bingka roti pandan:

  • 2 1/4 cwn Air
  • 8 helai DaunPandan
  • 1 cwn Gula
  • 1 cwn Santan
  • 2 sb Butter
  • 3 biji Telur
  • 1/2 sk Garam
  • 1/2 sb Perasa Pandan
  • 1/2 sb Esen vanila
  • 500gm Roti Putih (17-18 keping)
  • Sedikit Pewarna Hijau
  • 1 sb Minyak
  • Bijan

Cara-cara :

  1. Kisar daun pandan bersama air. Tapiskan.
  2. Kisarkan air pandan yang telah di tapis tadi bersama gula, santan, butter, telur, garam, perasa pandan, esen vanila dan pewarna hijau.
  3. Carikkan roti dan letakkan ke dalam bekas. Tuangkan adunan yang telah dikisar tadi ke atas roti.
  4. Gaul roti bersama bahan kisar sehingga roti hancur sedikit.
  5. Sapukan minyak ke dalam loyang dan panaskan di dalam oven (lebih kurang 10 minit) supaya kuih tidak melekat pada loyang.
  6. Masukkan adunan roti tadi ke dalam loyang yang telah panas dan tabur bijan. Bakar pada suhu 180?C selama 1 jam atau sehingga masak.

bingka roti pandanbingka roti pandanbingka roti pandandsc_5727-01119101871.jpeg


Nak resepi lagi?

Tengok senarai video resepi dibawah ini. Kami akan tambah koleksi video resepi yang menarik dari semasa ke semasa. Follow blog dan subscribe channel youtube kami untuk dapatkan resepi yang terkini.

Leave a Reply