Puding Karamel Tanpa Telur (Eggless Caramel Pudding)

Assalamualaikum.. Puding karamel ni antara dessert kegemaran saya terutamanya di bulan puasa. Masa duduk di rumah lama dulu ada sorang penjual puding karamel yang sangat sedap di bazar Ramadhan. Dalam seminggu, 3-4 kali jugakla saya beli puding dia. Hehe.. Selain puding karamel, dia ada jugak jual macam-macam puding buah-buahan. Semuanya sedap-sedap. Rindu pulak nak duduk balik kat rumah lama. Heheh.. Kat area rumah baru ni dah tak ada bazar yang meriah, besar dan panjang macam kat rumah lama dulu. Huhu.. Dah tak dapat merasa puding sedap lagi. Kebanyakkan orang jual puding karamel ni selalunya puding yang menggunakan telur. So kali ni saya nak share resepi puding karamel tanpa telur pulak (eggless caramel pudding). Pada sesiapa yang alergik telur ataupun tak suka rasa telur dalam puding, boleh try resepi ni. Confirm tak menyesal. Silap-silap hari-hari repeat buat puding karamel tanpa telur ni. Haha..

Siapa yang suka dengan puding caramel telur boleh cuba resepi yang pernah saya buat sebelum ni. Klik je kat sini. Boleh tengok video sekali. Ada sikit beza rasa puding karamel yang guna telur dan tak guna telur ni. Pada saya, dua-dua memang best. Mungkin sebab saya penggemar tegar puding karamel kot. Haha.. So terpulang la selera masing-masing. Boleh try buat kedua-duanya. Kalau sedap nanti boleh la buat untuk hidangan tetamu-tetamu pulak. Mana yang nak guna resepi ni untuk buat jualan pun boleh jugak. Saya halalkan semua resepi yang saya kongsikan. Harap kita sama-sama dapat rezeki dari Allah s.w.t.

Kat bawah ni saya sediakan video cara-cara nak buat puding karamel tanpa telur yang sangat sedap ni. Tengok dulu tau sebelum cuba. Lagi senang nak faham kalau tengok video.

Bahan-Bahan Karamel Tanpa Telur:

Untuk Agar-Agar:

  • 1/4 cawan Gula
  • 10gm Serbuk Agar-Agar (1 paket kecil)
  • 3 sudu besar Tepung Kastard
  • 1/2 cawan Susu Pekat Manis
  • 400ml Susu Cair (1 tin)
  • 4 cawan Air
  • 1 sudu kecil Esen Vanila

Untuk Karamel:

  • 1/4 cawan Gula
  • 3 sudu besar Air

Cara-cara:

  1. Masukkan ke semua bahan agar-agar ke dalam periuk. (jangan pasang api).
  2. Kacau sehingga semua bahan sebati.
  3. Pasangkan api. Kacau lagi sehingga adunan menjadi sedikit likat.
  4. Untuk membuat karamel, masukkan gula dan air ke dalam periuk. Kacau sedikit dan tunggu sehingga gula menjadi perang.
  5. Bila gula menjadi perang, kacau sekejap dan alihkan segera daripada api (untuk elak gula jadi hangus dan pahit).
  6. Tuangkan karamel ke dalam bekas yang sesuai. Kemudian tuang adunan agar-agar tadi ke atas karamel.
  7. Sejukkan di dalam peti sehingga agar-agar keras.

puding karamel tanpa telur

puding karamel tanpa telur

puding karamel tanpa telur

puding karamel tanpa telur


Nak resepi lagi?

Tengok senarai video resepi dibawah ini. Kami akan tambah koleksi video resepi yang menarik dari semasa ke semasa. Follow blog dan subscribe channel youtube kami untuk dapatkan resepi yang terkini.

1 Comment »

Leave a Reply