Red Velvet Brownies dengan Cream Cheese

Assalamualaikum. Ada peminat red velvet tak kat sini? Rasanya kalau korang minat dan suka makan kek red velvet, mesti korang minat jugak dengan red velvet brownies ni kan. Kali ni saya nak buat resepi red velvet brownies dengan cream cheese. Resepi yang sangat sedap ni saya ambil daripada blog http://spicesjourney.blogspot.com. Terima kasih kepada tuan punya resepi. Kalau ada kesempatan nanti saya nak cuba buat red velvet cookies pula. Masa raya baru ni nak cuba buat tapi dah tak sempat pulak. Hehe. Terlalu banyak permintaan resepi daripada follower Buat Orang Lapo sampai saya memang tak menang tangan nak penuhi permintaan semua orang. Maaf ye.

Red Velvet Brownies

Sebelum ni saya pernah buat brownies coklat cheese dengan menggunakan resepi topping cheese yang sama. Kalau kurang minat dengan red velvet brownies, boleh la cuba buat coklat brownies cheese. Resepinya disini. Bab-bab cheese ni memang jadi kegemaran saya. Tambah pula digandingkan dengan kek atau brownies macam ni. Laju je makan. Lupa pasal diet dan kalori. Haha.

Jom tengok dulu video kat bawah ni sebelum cuba buat. Lepas dah tengok ni mesti rasa senang sesangat nak buat red velvet brownies ni. Hehe.

Bahan Red Velvet Brownies:

  • 250gm Mentega
  • 1/2 Cawan Minyak Jagung
  • 2 Cawan Tepung Kek
  • 2 Sb Serbuk Koko
  • 200ml Yogurt Asli
  • 1 tsp Pewarna Makan Merah
  • 1 1/4 Cawan Gula Kastor
  • 2 Telur (Gred A)
  • 1 sk Esen Vanila
  • 1/2 sk Soda Bikarbonat
  • 1/2 sk Jus Lemon

Cara-cara:

  1. Cairkan mentega bersama minyak secara double boiled. Sejukkan.
  2. Ayak tepung kek bersama serbuk koko. Ketepikan.
  3. Masukkan pewarna merah ke dalam yogurt dan kacau rata. Ketepikan.
  4. Di dalam bekas lain, pukul gula dan telur sehingga sedikit kembang.
  5. Kemudian masukkan mentega dan minyak yang dicairkan tadi. Pukul sebati.
  6. Masukkan pula yogurt. Pukul lagi.
  7. Masukkan bahan ayak sedikit demi sedikit sehingga habis sambil memukul adunan.
  8. Masukkan esen vanila dan pukul rata.
  9. Bancuhkan soda bikarbonat bersama jus lemon dan masukkan ke dalam adunan tadi. Pukul adunan sehingga sebati.
  10. Masukkan adunan ke dalam loyang dan bakar selama 40-50 minit pada suhu 175°c atau sehingga masak bergantung kepada oven masing-masing.

Topping:

  • 350gm Krim Keju
  • 3/4 Cawan Gula Aising
  • 1 Telur (Gred A)
  • 1 Sb Jus Lemon

Cara-cara:

  1. Pukul krim keju sehingga lembut.
  2. Masukkan gula aising. Pukul lagi.
  3. Masukkan pula telur dan jus lemon. Pukul sehingga adunan sebati.
  4. Tuangkan adunan ke atas brownies tadi.
  5. Hias mengikut citarasa dan kemudian bakar lagi selama 30 minit pada suhu 150°c atau sehingga topping brownies masak.

Nota:

  • Guna pewarna merah terang @ campurkan sedikit pewarna merah jambu untuk mendapatkan warna merah yang cantik.
  • Tepung kek boleh dibuat sendiri dengan mencampurkan 3/4 cawan tepung gandum dan 1/4 cawan tepung jagung untuk mendapatkan 1 cawan tepung kek. Ayak tepung ini bersama sebanyak 3 kali.
  • Gunakan loyang 9inci atau 10inci untuk mendapatkan brownies yang lebih nipis.
  • Untuk hiasan pada topping, saya ambil sedikit adunan brownies dan buat corak marble di atas topping krim keju. Boleh juga gunakan krim keju dan letakkan pewarna merah untuk hiasannya.
  • Untuk pembakaran yang kedua, saya letakkan brownies pada tray tengah supaya bawah brownies tidak terlalu garing dan kering. (guna api atas dan bawah)

Red Velvet Brownies

Red Velvet Brownies

Red Velvet Brownies


Nak resepi lagi?

Tengok senarai video resepi dibawah ini. Kami akan tambah koleksi video resepi yang menarik dari semasa ke semasa. Follow blog dan subscribe channel youtube kami untuk dapatkan resepi yang terkini.

Join telegram kami

Join channel telegram kami untuk mendapatkan notifikasi video dan juga blog yg terbaru. Klik link ini https://t.me/buatoranglapo

Join Telegram@buatoranglapo

1 Comment »

Leave a Reply