Samosa Ayam dan Kentang Mudah Menggunakan Kulit Popiah

Assalamualaikum.. Entry kali ni saya nak kongsikan pula resepi samosa ayam dan kentang yang mudah. Sebenarnya resepi ni saya dah buat masa bulan Ramadan baru-baru ni. Tapi baru sekarang berpeluang nak update resepi di blog. Hehe. Banyak lagi resepi lain yang masih pending kat blog ni. Slow-slow saya update bila ada masa ok. Kalau korang nak resepi yang terbaru, boleh subscribe YouTube Channel. Kat YouTube ni yang paling kerap saya update resepi.

samosa ayam

Sebenarnya saya buat samosa ayam ni sebab ada lebihan kulit popiah masa buat popiah carbonara cheese masa hari pertama bulan puasa hari tu. Siapa nak resepi popiah carbonara cheese yang sedap memeleh boleh tengok resepinya disini. Hehe. Bulan puasa selalunya kuih-kuih macam ni memang lakukan. Tapi kalau bukan bulan puasa pun tetap boleh buat samosa ayam ni sebagai menu minum petang atau sarapan pagi.

Inti samosa ayam ni boleh dipelbagaikan dengan menggunakan daging, sardin dan sebagainya mengikut citarasa masing-masing. Inti samosa juga boleh digunakan untuk membuat karipap. Next time kalau ada kesempatan saya akan kongsikan pula resepi untuk buat kulit karipap. Setakat ni belum ada masa lagi. Hehe.

Jika ingin mendapatkan kulit samosa yang lebih tebal, boleh gunakan 2 lapisan kulit popiah. Dalam video ni saya cuma guna 1 lapisan kulit popiah. Saya gunting kepada 2 bahagian dan sambungkannya supaya menjadi lebih panjang dan senang untuk dilipat dengan lebih kemas. Boleh rujuk cara melipat samosa di dalam video yang saya sediakan kat bawah ni untuk lebih senang faham cara membuatnya. Goreng samosa ayam dengan menggunakan api sederhana supaya kulit samosa masak sepenuhnya.

samosa

Bahan-bahan Samosa Ayam:

  • 3 Ulas Bawang Putih
  • Daun Kari
  • 200gm Ayam (Dicincang)
  • 3 Sb Serbuk Kari (Dicampur Air)
  • 400gm Kentang (Didadu)
  • 1 Biji Bawang Besar (Didadu kasar)
  • Air
  • Garam
  • Gula
  • Kulit Popiah
  • Tepung Gandum (Dicampur Air)

Cara-cara:

  1. Tumiskan bawang putih bersama daun kari sehingga naik bau.
  2. Masukkan ayam yang telah dicincang. Kacau sehingga ayam separuh masak.
  3. Bancuh serbuk kari dengan sedikit air supaya menjadi seperti paste dan kacau rata bersama ayam tadi sehingga pecah minyak.
  4. Masukkan pula kentang dan bawang besar. Kacau sebentar.
  5. Letak air dan perasakan dengan gula dan garam secukupnya.
  6. Masak sehingga kentang lembut. Tambah air jika perlu. Ketepikan inti yang telah dimasak.
  7. Cara untuk melipat samosa boleh rujuk di dalam video yang saya sediakan di atas.

samosa ayam

samosa ayam

samosa ayam


Nak resepi lagi?

Tengok senarai video resepi dibawah ini. Kami akan tambah koleksi video resepi yang menarik dari semasa ke semasa. Follow blog dan subscribe channel youtube kami untuk dapatkan resepi yang terkini.

Join telegram kami

Join channel telegram kami untuk mendapatkan notifikasi video dan juga blog yg terbaru. Klik link ini https://t.me/buatoranglapo

Join Telegram@buatoranglapo

6 Comments »

  1. Salam awak… tq sgt2 resepi congo bar. Tp nak tye kenapa sy buat rapuh yea… lg 1 boleh ke sy nak tmbh gula putih…. sbb gula perang buat rasa makan congo bar xberapa manis. Sy suka manis2 sweet gitew…. apa pun tq sgt2. .

    • Waalaikumussalam.. sama2 ?. Rapuh mungkin heat oven kuat sgt kot. Maybe la. Tp congo bars ni mmg mcm rangup2 sikit kt luarnya. Dlm lembut. Boleh je nk tambah gula.?

Leave a Reply