Chocolate Bubble Rice Rangup dan Mudah

Assalamualaikum. Hari ni saya nak share resepi kudapan yang mudah dan sedap yang menjadi kegemaran anak-anak iaitu chocolate bubble rice. Chocolate bubble rice ni juga dikenali dengan nama choco jar. Cuma saya tak letak di dalam jar. Kalau untuk jualan selalunya chocolate bubble rice ni lebih senang di letak di dalam bekas plastik kecil ataupun jar. Tapi untuk makan sendiri ni saya cuma letakkannya di dalam paper cup yang kecil. Cuma pastikan ianya disimpan di dalam bekas kedap udara supaya tidak lemau.

Chocolate Bubble Rice

Bubble rice boleh digantikan dengan bahan lain seperti nestum, cococrunch, cornflakes dan sebagainya. Bubble rice perlu dibakar terlebih dahulu supaya lebih rangup dan sedap. Resepi ni saya campurkan bubble rice bersama kepingan badam. Boleh letak bubble rice saja ataupun tambah bahan lain mengikut kegemaran masing-masing. Kepingan badam juga perlu dibakar untuk jadi lebih rangup.

Sebenarnya saya berniat untuk buat chocolate bubble rice sebab terjumpa bubble rice yang dijual di kedai yang menjual bahan-bahan kek. Saya pergi ke kedai tu sebenarnya untuk cari bahan lain. Tapi bila pusing-pusing kedai ternampak la pulak bubble rice ni. Terus la saya beli sebab sebelum ni bila mencari bubble rice ni, tak jumpa pulak. Bila tak cari tu terpampang pulak depan mata. Haha.

Ok berbalik kepada resepi ni, untuk coklat, boleh dilebihkan jika mahu coklat menyalut bubble rice dengan banyak. Boleh tambah sedikit minyak ke dalam coklat supaya coklat kelihatan lebih licin, cantik dan coklat akan sentiasa cair.

Ok jom tengok video yang best kat bawah ni dulu sebelum kita buat chocolate bubble rice ni ok. 😉

Bahan-Bahan Chocolate Bubble Rice:

  • 250gm Bubble Rice
  • 100gm Badam Keping
  • 350gm Coklat
  • 70gm Mentega

Cara-cara Chocolate Bubble Rice:

  1. Bakar bubble rice dan badam keping selama 20 minit pada suhu 150°c atau sehingga rangup.
  2. Cairkan coklat dan mentega dengan menggunakan keadah double boiled.
  3. Tuangkan coklat tadi ke atas bubble rice dan badam. Kemudian gaul sebati.
  4. Masukkan bubble rice ke dalam paper cup. Simpan ke dalam bekas kedap udara.

Nota:

  • boleh tambah 1@2 sb minyak jagung@minyak masak ke dalam coklat untuk kelihatan lebih licin.
  • bubble rice dan badam boleh juga disangai.
  • boleh letakkan bubble rice di dalam bekas plastik kecil yang bertutup untuk lebih mudah disimpan dan dimakan.

Chocolate Bubble Rice

Chocolate Bubble Rice

Chocolate Bubble Rice


Nak resepi lagi?

Tengok senarai video resepi dibawah ini. Kami akan tambah koleksi video resepi yang menarik dari semasa ke semasa. Follow blog dan subscribe channel youtube kami untuk dapatkan resepi yang terkini.

Join telegram kami

Join channel telegram kami untuk mendapatkan notifikasi video dan juga blog yg terbaru. Klik link ini https://t.me/buatoranglapo

Join Telegram@buatoranglapo

Leave a Reply