Apam Coklat Kukus Mudah Tanpa Mixer

Assalamulaikum. Apam coklat ni sangat mudah untuk dibuat kerana tidak memerlukan mixer. Selain menggunakan whisk, boleh juga guna blender @ pengisar untuk membancuh adunan. Rasanya pun sangat sedap, lembut dan gebu seakan-akan kek coklat kukus moist. Apam coklat ni juga sesuai digabungkan dengan adunan cheese yang saya buat dalam resepi puteri ayu cheese sebelum ni. Boleh tengok cara untuk membuat cheese kat resepi puteri ayu cheese tu ok.

apam coklat

Sebenarnya ni kali pertama saya buat apam coklat ni. Alhamdulillah menjadi dengan jayanya. Anak-anak saya memang suka sangat apam @ kek. Tambah pulak apam coklat ni saya buat kecil-kecil dan comel. Memang meriah dorang makan bila tengok kuih kecil-kecil ni. Hehe. Bila tengok anak-anak makan dengan penuh selera, mak-mak pun mesti happykan.

Resepi apam coklat ni boleh juga digunakan untuk membuat kek coklat moist. Secara asasnya, bahan dan cara untuk membuatnya sama je. Mungkin sebab yang ni di letakkan di dalam mangkuk kecil-kecil, nama pun tukar jadi apam coklat. Hehe. Kalau tak ada acuan kecil, boleh juga letakkan apam ni di dalam mangkuk kertas.

Jom tengok video cara untuk membuat apam coklat kukus kat bawah ni. Lebih senang untuk faham. Lepas tu jom la subscribe YouTube Channel kami. Banyak resepi yang latest kat situ. Hihi.

Bahan-bahan Apam Coklat:

  • 2 Cawan Tepung Gandum
  • 1/4 Cawan Serbuk Koko
  • 1 sk Serbuk Penaik
  • 1/2 sk Soda Bikarbonat
  • 1/4 sk Garam
  • 3/4 Cawan Gula (boleh lebihkan jika suka manis)
  • 2 Biji Telur
  • 1/2 Cawan Susu Pekat Manis
  • 1 Cawan Minyak Jagung
  • 1 Cawan Air Panas

Cara-cara:

  1. Ayakkan tepung bersama serbuk koko, serbuk penaik, soda bikarbonat dan juga garam. Ketepikan.
  2. Pukul gula, telur, susu pekat dan minyak sehingga sebati. Tak perlu terlalu kembang.
  3. Masukkan bahan yang telah di ayak tadi. Kacau sehingga sebati.
  4. Masukkan air panas dan kacau lagi sehingga semua bahan sebati.
  5. Sapukan minyak pada acuan. Masukkan adunan sehingga 3/4 penuh.
  6. Kukus selama 10 minit atau sehingga masak.

Tips:

  • Apam hendaklah dikukus menggunakan api sederhana kecil supaya tidak pecah
  • Pastikan air pengukus mendidih sebelum mengukus apam
  • Sapukan sedikit minyak pada acuan supaya tidak melekat

apam coklat

apam coklat

apam coklat

apam coklat

apam coklat


Nak resepi lagi?

Tengok senarai video resepi dibawah ini. Kami akan tambah koleksi video resepi yang menarik dari semasa ke semasa. Follow blog dan subscribe channel youtube kami untuk dapatkan resepi yang terkini.

Join telegram kami

Join channel telegram kami untuk mendapatkan notifikasi video dan juga blog yg terbaru. Klik link ini https://t.me/buatoranglapo

Join Telegram@buatoranglapo

1 Comment »

Leave a Reply