Chicken Tortilla Wraps | Tortilla Ayam Mudah

Assalamualaikum.. Hari ni saya nak kongsikan resepi chicken tortilla wraps yang sangat senang dan sedap dengan menggunakan bahan-bahan yang mudah. Sesuai untuk dimakan pada bila-bila masa. Bila buat tortilla wraps sendiri, boleh letak pelbagai bahan ikut selera masing-masing. Resepi yang saya kongsikan ini adalah resepi yang amat mudah dan paling penting tentunya sedap dan mengenyangkan.

chicken tortilla wraps

Untuk isi dalam chicken tortilla wraps ni, saya membuat ayam goreng crispy dan juga salad sayuran. Tips untuk memdapatkan ayam yang lebih rengup ialah dengan menggoreng ayam dua kali. Boleh tengok cara nak menggoreng ayam ni kat dalam video yang saya sediakan kat bawah ni. Kalau nak lebih senang dan cepat, boleh juga menggunakan tepung goreng segera yang banyak terdapat di kedai dan pasaraya. Cara menggoreng dua kali ni juga boleh digunapakai untuk menggoreng bahan yang lain. Untuk menggoreng hirisan kentang juga saya menggunakkan kaedah ini. Hasilnya kentang lebih rangup walaupun setelah sejuk dan masak lebih sekata.

Selain daripada meletakkan ayam goreng crispy dan juga salad sayuran ni, korang juga boleh membuat inti dengan cara yang lain. Saya teringin nak buat seperti inti kebab dan makan bersama tortilla wrap ni cuma belum berkesempatan nak membuatnya. Hehe. Nanti kalau saya dah buat, in sha Allah saya akan kongsikan resepinya di blog ni.

Ok jom kita tengok dulu video chicken tortilla wraps yang saya sediakan kat bawah ni dan cara menggoreng ayam untuk mendapatkan ayam yang rangup macam kat kfc tu. Hehe.

Bahan-bahan Chicken Tortilla Wraps:

  • Tortilla Wraps
  • Keju

Perapan :

  • 200gm Dada Ayam (potong nipis)
  • 2 Ulas Bawang Putih
  • 1/2 sk Garam
  • 1/2 sk Serbuk Lada Hitam
  • 1/2 sk Serbuk Lada Sulah

Salutan Ayam :

  • 3/4 Cawan Tepung Jagung
  • 1/4 Cawan Tepung Gandum
  • 1/4 sk Soda Bikarbonat
  • 1/4 sk Garam
  • 1 Biji Telur

Salad :

  • Lobak Merah (sagat@potong panjang)
  • Timun (didadu)
  • Tomato (didadu)
  • Bawang Merah (didadu)
  • Thousand Island
  • Mayonis
  • Daun Salad

Cara-cara:

  1. Gaulkan ayam bersama bawang putih, garam, serbuk lada hitam dan lada sulah. Perap ayam 30 minit. (boleh buat banyak)
  2. Gaul rata tepung jagung, tepung gandum, soda bikarbonat dan garam.
  3. Pukul telur sedikit.
  4. Salutkan ayam ke dalam telur dan salut pula dengan tepung tadi. (boleh ulang 2 kali kalau nak lagi tebal)
  5. Goreng ayam dalam minyak yang panas lebih kurang 5-10 minit. Angkat dan biarkan seketika (lebih kurang 5 minit). Goreng semula sehingga garing.
  6. Untuk membuat salad, gaulkan lobak merah, timun, tomato dan bawang merah bersama mayonis dan juga thousand island secukupnya. (boleh tambah sedikit garam dan gula jika suka)
  7. Bakar tortilla wrap sebentar di atas kuali leper kedua-dua belah.
  8. Letakkan daun salad, ayam yang telah digoreng, sayuran salad dan juga kepingan cheese di atas tortilla wrap. Bungkus tortilla dan sedia untuk di makan.

chicken tortilla wraps

chicken tortilla wraps

chicken tortilla wraps


Nak resepi lagi?

Tengok senarai video resepi dibawah ini. Kami akan tambah koleksi video resepi yang menarik dari semasa ke semasa. Follow blog dan subscribe channel youtube kami untuk dapatkan resepi yang terkini.

Join telegram kami

Join channel telegram kami untuk mendapatkan notifikasi video dan juga blog yg terbaru. Klik link ini https://t.me/buatoranglapo

Join Telegram@buatoranglapo

Leave a Reply