Susu Kurma Sedap Macam Farmfresh

Assalamualaikum hai semua.. Hari ni saya buat air susu kurma guna Susu Kambing Bajek. Sangat mengeyangkan dan sesedap susu kurma yang jual kat kedai tu?. Minum pagi-pagi ni, kenyang sampai petang. Petang nanti baru makan nasi. Hehe.

susu kurma

Susu kurma ni sangat sesuai untuk orang yang tengah diet sebab boleh mengeyangkan perut dalam masa yang lama. Ibu-ibu yang menyusukan bayi pun elok sangat-sangat minum ni kerana ianya boleh menambahkan susu badan. Khasiat kurma dan susu kambing juga sangat elok untuk bayi yang disusukan.

Ini antara khasiat dan kelebihan Susu Kambing Bajek:

-Tiada bau hamis.
-Sangat baik untuk ibu mengandung & menyusukan bayi
-Sesuai untuk semua peringkat umur daripada kanak-kanak setahun ke atas, remaja hingga dewasa
-Anti kerandangan
-Boleh rendahkan tahap kolesterol
-Boleh mengurangkan berat badan
-Sumber kalsium

Masa bulan puasa, susu kurma ni mesti jadi minuman wajib saya dan keluarga sesama sahur sebab terasa kenyang lebih lama dan bertenaga sepanjang hari.

Apa yang saya sangat suka tentang Susu Kambing Bajek ni adalah ianya produk keluaran muslim dan harganya sangat murah berbanding susu kambing yang lain. Ada dua perisa iaitu asli dan coklat. Lebih berbaloi buat sendiri dengan harga yang jauh lebih murah dan dapat minum lebih banyak.

Ok jom kita tengok cara untuk membuat susu kurma dengan menggunakan susu kambing bajek ni.

Bahan-bahan Susu Kurma:

  • 7 biji kurma (buang biji)
  • 400 ml air (kalau nak minum panas boleh guna air panas)
  • 4 Sb Susu Kambing Bajek
  • 1/2 cawan ais (optional)

Cara-cara:

  1. Rendam kurma dengan air sekejap (untuk bagi lembut dan mudah dikisar) *kalau guna kurma jenis lembut tak perlu rendam.
  2. Kisar semua bahan sehingga sebati. *Kalau letak ais jadi smoothie susu kurma???

Nota:

  • Semua bahan boleh ditambah atau dikurangkan mengikut citarasa masing-masing.
  • Tak perlu tambah gula kerana kurma dah manis.
Kalau korang nak dapatkan Susu Kambing Bajek ni boleh cek di instagram :
@saudagar_susu_kambing
Contact No: 013-9044936
COD area mentakab, bera, temerloh ataupun Pos Laju.

susu kurma

susu kurma

susu kurma


Nak resepi lagi?

Tengok senarai video resepi dibawah ini. Kami akan tambah koleksi video resepi yang menarik dari semasa ke semasa. Follow blog dan subscribe channel youtube kami untuk dapatkan resepi yang terkini.

Join telegram kami

Join channel telegram kami untuk mendapatkan notifikasi video dan juga blog yg terbaru. Klik link ini https://t.me/buatoranglapo

Join Telegram@buatoranglapo

Leave a Reply