Japanese Fluffy Pancake Yang Sedap dan Lembut

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua. Hari ni saya kongsikan resepi yang sesuai untuk dijadikan sarapan pagi iaitu japanese fluffy pancake ataupun pancake jepun gebu yang sangat lembut. Bila makan japanese fluffy pancake ni terasa seperti cair dimulut kerana ianya sangat gebu dan lembut.

Cara untuk membuat pancake ni lebih kurang sama seperti kek cotton span. Keadah meringue dalam resepi ni membuatkan ia jadi sangat lembut dan gebu. Walaupun cara untuk membuatnya agak sukar berbanding pancake yang biasa, tapi hasilnya sangat memuaskan. Sekali makan boleh habis 4-5 keping sorang. Hehe.

Saya menyejukkan putih telur supaya ianya lebih stabil apabila diadun dan dimasak. Boleh juga menambah cream of tartar sebagai penstabil putih telur. Ia akan membantu pancake manjadi lebih gebu dan tak mendap semasa dimasak.

Boleh tengok video cara penyediaan japanese fluffy pancake ni kat video di atas untuk lebih senang faham cara untuk membuatnya. Jangan lupa subscribe YouTube Channel kami.

Bahan-Bahan Japanese fluffy pancake:

  • 4 Biji Putih Telur
  • 4 Biji Kuning Telur
  • 3 Sb Susu Segar
  • 1/2 sk Esen Vanila
  • 1/2 Cawan Tepung Kek
  • 1 sk Serbuk Penaik
  • 4 Sb Gula
  • Minyak Masak
  • Air

Cara-cara:

  1. Asingkan putih telur dan kuning telur. Simpan putih telur ke dalam peti sejuk beku selama lebih kurang 15 minit. Ini bertujuan untuk memudahkan putih telur kembang dan lebih stabil.
  2. Pukul kuning telur bersama susu segar dan esen vanila sehingga sebati.
  3. Ayakkan tepung kek bersama serbuk penaik dan masukkan ke dalam adunan kuning telur tadi.
  4. Pukul adunan sehingga sebati. Ketepikan.
  5. Keluarkan putih telur yang telah sejuk tadi dan pukul sehingga berbuih halus.
  6. Masukkan gula sedikit demi sedikit sambil terus memukul adunan dengan kelajuan yang maximum sehingga adunan menjadi kental dan kaku (meringue).
  7. Masukkan 1/3 adunan putih telur tadi ke dalam adunan kuning telur. Kaup balik secara perlahan sehingga rata. Ulang langkah ini sehingga adunan putih telur habis.
  8. Sapukan sedikit minyak di atas kuali yang telah dipanaskan dan lap sedikit dengan menggunakan tisu.
  9. Letakkan 2 senduk adunan ke dalam kuali dan masukkan 1 sudu air di sekeliling adunan untuk stim. Tutup kuali dan biarkan 1-2 minit. (Masak dengan menggunakan api yang paling kecil)
  10. Kemudian tambahkan lagi 1 senduk adunan ke atas pancake tadi supaya pancake lebih tebal dan gebu. (optional)
  11. Masukkan sedikit lagi air jika air dah kering, tutup kuali dan masak lagi sehingga keperangan. (lebih kurang 6-8 minit)
  12. Terbalikkan pancake dan masak lagi sebelah sehingga keperangan.
  13. Hidangkan pancake dengan butter, madu, snow powder dan sebagainya.

Tips untuk membuat meringue (adunan putih telur) :

  • Pastikan bekas untuk membancuh adunan, bekas untuk mengisi semua bahan, dan semua alatan untuk membuat meringue betul-betul bersih dan kering.
  • Pastikan putih telur tak bercampur sedikit pun dengan kuning telur dan tidak terkena air, minyak dan sebagainya.
  • Untuk memastikan meringue betul-betul kental, terbalikkan mangkuk selama lebih kurang 10 saat. Jika adunan tidak jatuh, meringue tu dah ok. Jika jatuh, pukul lagi sehingga kental.
  • Pukul dengan kelajuan yang tinggi.

Japanese fluffy pancake

Japanese fluffy pancake

Japanese fluffy pancake

Japanese fluffy pancake


Nak resepi lagi?

Tengok senarai video resepi dibawah ini. Kami akan tambah koleksi video resepi yang menarik dari semasa ke semasa. Follow blog dan subscribe channel youtube kami untuk dapatkan resepi yang terkini.

Join telegram kami

Join channel telegram kami untuk mendapatkan notifikasi video dan juga blog yg terbaru. Klik link ini https://t.me/buatoranglapo

Join Telegram@buatoranglapo

Leave a Reply