Basque Burnt Cheesecake (Versi Tak Rentung Sangat)

Assalamualaikum. Basque burnt cheesecake resepi yang viral baru-baru ni. Rasanya memang sedap walaupun nampak rentung. Bahagian atas yang garing tu la part paling best. Rasanya macam caramel. Cuma versi yang saya buat ni tak rentung sangat. Hehe. Gara-gara takut terasa pahit, rupanya part rentung tu yang buatkan rasa basque burnt cheesecake ni special dan lain daripada yang lain. Lain kali saya nak buat lagi versi yang lebih rentung.

Basque burnt cheesecake ni kena bakar dengan suhu yang tinggi guna api atas bawah. 10 minit terakhir boleh tukar api atas sahaja untuk bagi bahagian atasnya lebih garing@rentung. Tapi kena tengok-tengok juga supaya tak terlebih rentung. Walaupun luar kek ni rentung, tapi dalamnya masih lembut (jiggly). So jangan risau kek akan jadi keras. Cucuk dengan pisau atau lidi untuk memastikan kek sudah masak.

Boleh simpan dulu kek di dalam peti sejuk beberapa jam sebelum dipotong supaya potongan kek menjadi cantik dan licin. Lagipun pada selera saya, kek ni sedap di makan semasa sejuk.

Sebelum cuba resepi ni jangan lupa tengok cara penyediaannya dalam video kat atas ni dan subscribe YouTube Channel kami tau 😉

Basque burnt cheesecake

Bahan-bahan Basque burnt cheesecake:

  • 600gm Krim Keju
  • 4 Biji Telur
  • 1 Cawan Gula
  • 300ml Krim Putar Tenusu (Dairy Whipping Cream)
  • 2 Sb Tepung Gandum

Cara-cara:

  1. Pukul krim keju sehingga lembut.
  2. Masukkan gula dan pukul lagi sehingga sebati.
  3. Masukkan telur satu per satu sambil terus memukul adunan.
  4. Kemudian masukkan pula whipping krim.
  5. Akhir sekali masukkan tepung dan pukul sehingga sebati.
  6. Bakar pada suhu 200°c selama 60 minit atau sehingga bahagian atas kek menjadi gelap(sedikit rentung@hangus) bergantung kepada oven masing-masing. *panaskan oven terlebih dahulu.

Basque burnt cheesecake

Basque burnt cheesecake

Basque burnt cheesecake


Nak resepi lagi?

Tengok senarai video resepi dibawah ini. Kami akan tambah koleksi video resepi yang menarik dari semasa ke semasa. Follow blog dan subscribe channel youtube kami untuk dapatkan resepi yang terkini.

Join telegram kami

Join channel telegram kami untuk mendapatkan notifikasi video dan juga blog yg terbaru. Klik link ini https://t.me/buatoranglapo

Join Telegram@buatoranglapo

2 Comments »

Leave a Reply