Durian Goreng Celup Tepung Rangup

Assalamualaikum. Entry kali ni saya nak kongsikan cara untuk membuat durian goreng yang rangup. Mungkin ada yang tak pernah makan ataupun pelik bila dengar durian goreng. Tapi pertama kali mencuba, memang saya  terus suka dengan rasa durian goreng ni. Rasanya lebih kurang macam cempedak goreng, rangup diluar, lembut di dalam. 

Walaupun sekarang bukan musim durian, tapi saya masih lagi ada nampak durian dijual di merata tempat. Mungkin ada lagi sikit-sikit durian yang masih lagi gugur. Kalau nak try kesedapan durian goreng ni, boleh la pergi cari durian sekarang. Hehe..

Adunan yang saya kongsikan untuk membuat durian goreng ni boleh juga digunakan untuk membuat gorengan yang lain seperti pisang, cempedak, keropok dan lain-lain. Tapi kalau korang ada resepi atau adunan lain yang biasa digunakan untuk goreng-gorengan, boleh juga guna untuk durian ni. Satu lagi adunan untuk menggoreng yang pernah saya buat, boleh tengok resepi cendawan tiram goreng ni. Adunan ni akan menghasilkan gorengan yang rangup kerana ada campuran tepung beras dan juga tepung jagung.

Sebelum cuba resepi ni, jangan lupa subscribe YouTube Channel kami tau 😉 Ada banyak lagi video yang menarik dan latest yang kami sediakan kat YouTube Channel kami.

durian goreng

Advertisements

Bahan-bahan Durian Goreng:

  • Durian
  • 1/2 cwn tepung beras
  • 1/4 cwn tepung gandum
  • 2 sb tepung jagung
  • 1 biji telur
  • Sedikit garam
  • Sedikit serbuk kunyit
  • 1/2 cwn air (lebih kurang)

Cara-cara:

  1. Campurkan kesemua tepung, telur dan sedikit garam serta serbuk kunyit ke dalam mangkuk.
  2. Masukkan air sedikit demi sedikit sambil kacau sehingga adunan sebati dan mendapat kepekatan yang sederhana.
  3. Celup durian di dalam adunan tadi secara rata.
  4. Goreng di dalam minyak yang panas sehingga garing.
Advertisements

durian goreng

durian goreng

durian goreng

durian goreng


Nak resepi lagi?

Tengok senarai video resepi dibawah ini. Kami akan tambah koleksi video resepi yang menarik dari semasa ke semasa. Follow blog dan subscribe channel youtube kami untuk dapatkan resepi yang terkini.

Join telegram kami

Join channel telegram kami untuk mendapatkan notifikasi video dan juga blog yg terbaru. Klik link ini https://t.me/buatoranglapo

Join Telegram@buatoranglapo

Advertisements

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.