Seri Muka Pandan Tanpa Telur (Sukatan Cawan)

Assalamualaikum. Kuih seri muka ini adalah kuih traditional melayu yang sangat sinomin dengan bulan puasa. Ianya banyak dijual di bazar Ramadan sepanjang bulan puasa. Tapi macam biasa la ada yang sedap, ada yang tak berapa sedap. Alhamdulillah kalau jumpa kuih yang sedap-sedap masa bulan puasa ni. Hehe.

Resepi kuih seri muka yang saya buat ni tidak menggunakan telur. Sesuai sangat untuk sesiapa yang elergik telur atau tak sukakan rasa telur. Walaupun tanpa menggunakan telur, tapi ianya tetap lembut dan sedap. Memang jadi kegemaran kami sekeluarga kuih seri muka yang lembut kepala atasnya. Jika nak kuih yang lebih keras atau pejal, boleh tambahkan tepung gandum di dalam adunan ni. Tepung kastard pula boleh digantikan dengan tepung jagung atau tepung ubi.

Untuk penyediaan air pandan, saya kisarkan lebih kurang 3/4 cawan air dengan 4-5 helai daun pandan. Kemudian tapis untuk dapatkan 1/2 cawan air pandan. Tapi selalunya saya buat banyak-banyak. Kisar dalam 10-15 helai daun pandan dengan air secukupnya. Lebihan air pandan boleh simpan dalam peti ais untuk kegunaan lain. Boleh try buat kuih bakar pandan yang sedap dan mudah ni.

Tujuan saya memasak adunan di dalam kuali adalah supaya permukaan kuih lebih cantik. Masak sebentar saja sehingga naik wap. Tak perlu masak lama-lama. Kalau tak nak masak pun takpa. Saya menggunakan loyang bersaiz 8 inci untuk adunan ni. Bahagian atas kuih akan sedikit lembik apabila telah masak. Tapi jangan risau sebab kuih seri muka ni akan menjadi pejal setelah sejuk. Tunggu sehingga kuih betul-betul sejuk sebelum dipotong.

Boleh tengok video tutorial yang saya sediakan kat atas untuk lebih senang faham cara penyediaan kuih seri muka ni. Sambil tu, jom subscribe YouTube Channel kami sebab ada banyak lagi resepi manarik kat situ. Selamat mencuba..

kuih seri muka

Bahan-bahan seri muka:

  • 2 cawan beras pulut (Rendam 1jam)
  • 2 1/4 cawan santan cair
  • 1 sk garam
  • 2 1/2 cawan santan pekat
  • 1/2 cawan air pandan
  • 3/4 cawan tepung gandum
  • 1 sb tepung kastard
  • 3/4 cawan gula
  • 1/4 sk garam
  • Sedikit pewarna hijau

Cara-cara membuat seri muka:

  1. Rendam beras pulut selama lebih kurang 1 jam dan toskan.
  2. Masukkan beras pulut ke dalam loyang dan letak santan cair berserta garam. Kacau rata dan kukus 20 minit atau sehingga masak. (Pastikan beras pulut tenggelam sedikit).
  3. Setelah pulut masak, kacau rata dan mampatkan pulut. Ketepikan.
  4. Satukan santan pekat dengan air pandan, tepung gandum, tepung kastard, gula, garam dan juga sedikit pewarna hijau. Kacau sehingga sebati.
  5. Masukkan ke dalam kuali dan panaskan sebentar sehingga naik wap sahaja. Jangan sampai menggelegak.
  6. Tuangkan adunan ke atas pulut tadi.
  7. Kukus 45 minit atau sehingga masak dengan api sederhana.
  8. Setelah kuih masak, buka penutup dan kukus lagi lebih kurang 5 minit untuk mengeringkan air di atas permukaan kuih. Gunakan api yang besar.

Nota:

  • Didihkan air kukusan sebelum mengukus.
  • Bungkus penutup kukus dengan kain atau alas loyang dengan aluminium foil untuk mengelakkan air jatuh ke atas kuih.

seri muka

kuih seri muka

1557823561373.jpg


Nak resepi lagi?

Tengok senarai video resepi dibawah ini. Kami akan tambah koleksi video resepi yang menarik dari semasa ke semasa. Follow blog dan subscribe channel youtube kami untuk dapatkan resepi yang terkini.

Join telegram kami

Join channel telegram kami untuk mendapatkan notifikasi video dan juga blog yg terbaru. Klik link ini https://t.me/buatoranglapo

Join Telegram@buatoranglapo

Leave a Reply