Kambing Bakar Sambal Kicap Power

Assalamualaikum. Resepi yang saya nak kongsikan hari ni ialah kambing bakar bersama sambal kicap sebagai pencicahnya. Saya mendapat idea untuk membuat resepi ni bila makan di salah sebuah restoran kambing bakar kat tempat saya ni. So saya pun cuba la membuat kambing bakar dan juga sambal kicap yang power untuk dimakan bersama kambing bakar ni.

Kesemua bahan dalam resepi ni saya bagi anggaran je. Boleh tambah atau kurangkan mengikut selera masing-masing. Kalau nak tambah bahan lain pun boleh. Cuma secara asasnya, bahan perap untuk kambing ni cuma perlu bawang putih, halia, sos tiram, sedikit kicap dan juga serbuk lada hitam. Kambing boleh diperap sekurang-kurangnya 1 jam atau semalaman. Lebih lama perap lebih sedap rasanya. Tapi kadang-kadang kalau dah lapo, saya tak sempat perap lama pun. 15 minit pun jadi. Hehe. Perapan ini juga boleh digunakan untuk ayam, daging lembu dan sebagainya.

Selain resepi kambing bakar sambal kicap ni, saya pernah kongsikan resepi kambing bersama sos lada hitam. Boleh tengok resepinya disini. Sos lada hitam ni pula boleh dimakan bersama ayam bakar, chicken chop dan sebagainya. Boleh juga digunakan untuk membuat burger prosperity.

Sambal Kicap

Sambal kicap yang saya kongsikan dalam video ni boleh juga dimakan bersama sup, soto dan sebagainya. Cili dan bawang putih saya goreng dengan sedikit minyak supaya tak terasa cili yang mentah bila makan sambal kicap ni. Lagipun cili yang digoreng ni akan menyebabkan sambal tahan lebih lama. Boleh simpan sambal lebih seminggu di dalam peti ais. Kalau nak tahan lebih lama, boleh goreng cili dan bawang putih dulu, kemudian kisar@tumbuk dan simpan dalam peti ais. Bila nak guna boleh letak bahan-bahan lain.

Kat atas ni saya ada kongsikan video cara untuk membuat kambing bakar bersama sambal kicap yang power ni. Boleh tengok video yang saya sediakan kat atas ni untuk lebih senang nak faham cara penyediaannya. Sambil tu jom subscribe YouTube Channel Buat Orang Lapo untuk dapatkan latest resepi yang menarik dan tengok video yang best kat situ.

Bahan-Bahan Kambing Bakar:

  • 3 ketul kambing
  • 3 Sudu besar Kicap Lemak Manis
  • 2 Sb Sos Tiram Jalen
  • 3 Sudu Besar Sos Lada Hitam Jalen
  • 3 Ulas Bawang Putih
  • 1/2 Inci Halia
  • 1 Ketul Kiub Ayam
  • 1 sudu kecil Herba Campuran
  • 1/2 Sudu besar Gula

Cara-cara membuat kambing bakar:

  1. Tumbuk atau ketuk kambing. Tujuannya untuk mendapatkan kambing bakar yang lembut setelah dibakar.
  2. Kemudian masukkan kesemua bahan-bahan yang lain dan gaul rata pada kambing. Boleh tambah atau kurangkan bahan-bahan mengikut selera masing-masing.
  3. Perap kambing sekurang-kurangnya 1 jam. Lagi lama perap lagi sedap.
  4. Bakar kambing selama 20-30 minit pada suhu 160ºC bergantung kepada oven masing-masing atau sehingga masak. Pastikan oven telah dipanaskan terlebih dahulu.

Bahan-Bahan Sambal Kicap:

  • 4 ulas bawang putih
  • 10-12 Cili Padi
  • Kicap Lemak Manis Jalen
  • Cuka Jalen
  • Garam

Cara-cara:

  1. Goreng bawang putih dan juga cili padi dengan sedikit minyak sehingga layu.
  2. Tumbuk bawang putih dan cili tadi sehingga lumat.
  3. Masukkan kicap, cuka dan garam secukup rasa. Cuka boleh digantikan dengan air limau kasturi ataupun air asam jawa.
  4. Tuang sambal kicap ke atas kambing yang telah dibakar tadi. Sedia untuk dinikmati.
kambing bakar
kambing bakar
kambing bakar

Nak resepi lagi?

Tengok senarai video resepi dibawah ini. Kami akan tambah koleksi video resepi yang menarik dari semasa ke semasa. Follow blog dan subscribe channel youtube kami untuk dapatkan resepi yang terkini.

Join telegram kami

Join channel telegram kami untuk mendapatkan notifikasi video dan juga blog yg terbaru. Klik link ini https://t.me/buatoranglapo

Join Telegram@buatoranglapo

Leave a Reply